Saturday, January 26, 2013

APA KAH Parti Gerakan akan setia pada BN?

APA KAH Parti Gerakan akan setia pada BN? Buat masa ini, perkara itu belum berlaku, atas alasan parti itu dalam keadaan lemah, sehingga perlu pertolongan daripada komponen Bn yang lain. 

Satu fakta yang mengusik penulis adalah berkaitan dengan kenyataan Presiden parti itu selepas PRU-12, bahawa parti itu akan mengkaji kedudukannya dalam dalam barisan nasional, ekoran kekalahan teruk parti itu dalam PRU-12. 

Tsu Koon semasa merasmikan Persidangan Pergerakan Pemuda parti itu di Kota Bahru Kelantan pada 5 September 2008, ada menzahirkan bahawa parti itu akan menimbang untuk keluar daripada Bn. 

Tsu Koon juga memberi kenyataan bahawa dominansi Umno dalam barisan nasional, adalah punca parti itu untuk mengkaji kedudukannya dalam Bn. 

Melalui kenyataan Tsu Koon itu, secara tersirat, bahawa pemimpin parti itu menyalahkan Umno kerana kekalahan teruk dalam pilihanraya tahun 2008, termasuk dirinya kecundang kepada calon DAP. 

Melalui kenyataan pemimpin Parti Gerakan itu, apakah parti itu akan setia? Jika berlaku keputusan PRU-13 yang kurang memberangsangkan kepada Bn. 

Perlu diingat, bahawa jika keputusan PRU-13 agak seimbang, maka jika berlaku lompat parti atau salah satu komponen parti keluar daripada Bn, maka Bn akan tumbang dengan sendirinya. 

Selepas PRU-12 lalu, walaupun salah satu komponen Bn keluar yakni SAPP, namun tidak sangat mempengaruhi Bn, kerana parti itu hanya mempunyai seorang MP dan 4 ADUN; bayangkan kalau parti itu mempunyai ramai MP? 

Dalam politik semuanya boleh berlaku. Demikian juga pada parti Gerakan. Niat parti itu untuk mengkaji kedudukannya, dinyatakan sendiri oleh pemimpin tertinggi parti itu. Apabila niat sudah tercipta, maka ianya pasti akan berlaku, hanya masa menentukan. 

Pucuk pimpinan Bn, perlu berhati-hati dalam memilih calon-calon daripada parti-parti komponen yang sudah menzahirkan niatnya untuk tidak setia kepada Bn, jika tersalah membuat keputusan, maka Bn secara keseluruhan akan melopong. 

Pengalaman Bn Sabah pada PRU-1990, semasa PBS komponen Bn Sabah secara tiba-tiba keluar daripada Bn diambang pengundian, memerangkap Bn, walaupun keputusan PBS itu tidak mampu menjatuhkan Bn. 

Penulis beranggapan, keadaan ini boleh berlaku pada Parti Gerakan. Atas sebab itu, bukan sahaja di Sabah malah di Semenanjung, pucuk pimpinan Bn perlu berhati-hati dengan apa yang tersirat dalam kepimpinan Parti Gerakan. 

Di Sabah misalnya, walaupun parti itu tidak pernah bertanding pada sebarang pilihanraya, namun pada kali ini, beria-ia sangat untuk bertanding. 

Kenyataan Pengerusi Parti itu bagi Sabah Gordon Leong, beria-ia sangat untuk bertanding bagi kawasan-kawasan di Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau, Kudat,Penampang, Sepanggar, malah di Tenom. 

Satu pertanyaan, adakah kekuatan parti itu? Bagi menyumbang kerusi kepada Bn? 

Parti Gerakan Sabah, kebetulan mempunyai ADUN, akibat lompat parti. Adun Tanjong Papat dan Elopura, daripada SAPP, sementara Adun Karamunting yang pada mulanya daripada LDP berpindah rumah dan menyertai Parti Gerakan. 

Seperkara lagi yang mengusik penulis, bahawa pada Persidangan tahunan LDP baru-baru ini di Sandakan yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, adalah jarang-jarang berlaku, apabila sesebuah parti yang bersidang, bendera komponen lain juga turut dikibarkan. Sepanjang pengamatan penulis, biasanya bendera komponen parti itu bersama-sama bendera Bn yang berlambang dacing yang dikibarkan. 

Tanda-tanda seumpama ini, adalah petanda, bahawa Parti Gerakan mempunyai niat yang terselubung terhadap parti komponen lainnya. Apa Kah maknya itu? Hanya para pemimpin Bn secara keseluruhan mampu menilainya.

1 comment:

Anaksi A. said...

ada kebenarannya...
perlu diperhati dgn hati-hati

Blog Archive