Sunday, December 23, 2012

Tun Dr Lim Keng Yaik Meninggal

Keng Yaik  (kiri) dan Tsu Koon
Bekas presiden Gerakan, Tun Dr Lim Keng Yaik, 73 meninggal dunia pada Sabtu. Beliau meninggal dunia pada jam 4.45 petang ini di kediamannya di Country Resort Tropicana Petaling Jaya.

Dr Lim menerajui Gerakan selama hampir tiga dekad sejak tahun 1980 sebelum berundur pada tahun 2007.

Beliau pernah berkhidmat sebagai menteri tenaga, air dan komunikasi sebelum bersara pada tahun yang sama.

Dr Lim dilahirkan di Perak dan berkelulusan dari Queens University Belfast, United Kingdom dengan sarjana muda perubatan dan pembedahan pada tahun 1964.

Beliau menyertai politik pada tahun 1968 dan menjadi pengerusi MCA Perak pengerusi pada tahun 1971, tetapi kemudian menyertai Gerakan pada tahun 1974.

Beliau memenangi kerusi parlimen Beruas selama 18 tahun sejak tahun 1986 tetapi tidak bertanding dalam pilihan raya umum 2008.

Sementara itu, Bernama melaporkan, Dr Lim meninggalkan seorang isteri Toh Puan Wong Yoon Chuan dan tiga anak. 

Datuk Seri Najib Tun Razak dalam reaksinya apabila dimaklumkan berhubung kematian menteri kabinet  itu berkata beliau amat sedih apabila mendengar berita kematian bekas Presiden Gerakan, Tun Dr Lim Keng Yaik yang meninggal dunia, pada Sabtu.

Perdana Menteri berkata Lim merupakan seorang yang mempunyai perwatakan yang baik dan pemergiannya merupakan kerugian besar kepada negara.

"Dalam kerjaya cemerlang yang menjangkau lima dekad, Tun Dr Lim terbukti menjadi seorang tokoh inspirasi ahli politik yang didorong komitmen tinggi beliau untuk berkhidmat kepada masyarakat," katanya dalam satu kenyataan, Ahad.

Najib berkata sebagai menteri Kabinet selama 22 tahun, mendiang Dr Lim berkhidmat dengan cemerlang dan memainkan peranan yang besar dalam transformasi negara dan membantu membina sebuah masyarakat yang stabil dan makmur.

"Semua rakyat Malaysia terhutang budi kepada beliau. Tun Dr Lim bukan sahaja seorang pemimpin yang hebat, bahkan rakyat Malaysia yang hebat.

"Beliau adalah seorang pejuang dan kita akan akan merasai kehilangan beliau. Ingatan kami kini bersama keluarga dan rakan baik beliau," katanya.

Keng Yaik dipilih presiden Gerakan pada 1980 dan menerajui parti itu hingga 2007 sebelum meletakkan jawatan, dan diganti oleh Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

"Negara meratapi pemergian Tun Dr Lim Keng Yaik. Beliau berkhidmat dengan cemerlang sebagai menteri dan pemimpin Gerakan. Saya akan merasai kehilangan beliau," katanya. 

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan kematian Dr Lim sebagai satu kehilangan besar kepada negara. 

"Saya berasa amat dukacita apabila mendapat berita tentang kematian Tun Dr Lim Keng Yaik. Saya ucapkan takziah kepada keluarga mendiang. Ini satu kehilangan besar kepada negara," katanya menerusi mesej tweeter malam semalam.

Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon pula berkata pemergian Dr Lim merupakan satu kehilangan besar kepada parti dan negara. 

Katanya, mendiang, yang berkhidmat hampir 28 tahun sebagai presiden Gerakan, banyak menabur bakti memperkukuhkan parti itu serta memperjuang hak semua kaum di negara ini. 

"Kami memang berasa amat sedih dengan pemergian seorang tokoh negara, mendiang Tun Dr Lim Keng Yaik, yang merupakan antara pemimpin kanan negara. 

"Mendiang juga pernah memegang beberapa portfolio penting dan telah dikenali sebagai seorang pejuang untuk komoditi seperti minyak, kelapa sawit, kayu dan sebagainya di pasaran dunia," katanya kepada pemberita pada Majlis Sekalung Budi Semarak Perpaduan 2012 Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur malam semalam.

1 comment:

Unknown said...

WAJARKAH GELARAN DATUK DIGUGUR?

Justeru itu adalah amat wajar gelaran datuk yang disandang oleh Yip Kum Fook digugurkan atau patus ditarik balik. Perbuatan Yip Kum Fook merupakan satu penghinaan keatas gelaran datuk! . Amat memalukan seorang yang bergelar datuk membuat kerja kotor sebegini!!. Ia satu kesalahan jenayah (sombong, tipu, fitnah). Mana mungkin seorang bergelar datuk terlibat dengan jenayah!!

Rakyat Buddhisme supaya tidak mudah diperbodoh-bodoh dengan lakonan politik kotor dalam Kuil Buddha untuk mengaibkan individu tertentu. “Kita dijadikan ‘penonton bodoh’ yang seakan-akan merelakan apa sahaja watak yang mereka lakonkan”.



“Politik kita memerlukan nafas baru dan dibersihkan dari golongan yang jijik dan kotor ini! Kita perlukan politik idea, bagaimana dan cara membangunkan umat dan rakyat agar hidup berdisiplin, bermaruah dan bertamadun.


“Buddhisme melarang didedahkan aib peribadi yang tidak membabitkan kezaliman terhadap orang lain seperti zina, minum arak, berjudi dan seumpamanya(Five precepts) hendaklah ditutup semampu mungkin.


“Tiada keperluan menubuhkan suruhanjaya khas bagi kes-kes maksiat peribadi. Ini hanya akan membazirkan harta rakyat,” katanya

Blog Archive