PADA 16 Disember bertempat di Sandakan, salah satu parti kompnen BN Liberal Democratic Party (LDP) akan mengadakan Persidangan Agung ke-23 parti itu.
Jika pada tahun lepas, juga diadakan di Sandakan Persidangan itu dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, namun kali ini giliran Perdana Menteri pula merasmikannya.
Pada mulanya dianggap sebagai parti nyamuk yang mewakili kaum cina khasnya kaum cina Sabah, LDP ditubuhkan di Tawau pada tahun 1989 semasa Sabah diperintah oleh Parti Bersatu Sabah. LDP secara rasminya menjadi kompnen BN pada tahun 1991, bersamaan Umno mengembangkan sayapnya ke Sabah, ekoran tikam belakang PBS pada PRU-1990.
Selepas melakukan peremajaan, kini LDP diterajui oleh pemimpin pelapis parti itu, bermula pada tahun 2006, apabila Presiden sekarang mengambil jawatan itu daripada Tan Sri Chong Kah Kiat.
Walaupun dianggap parti kecil, namun kerana dasar kesetiakawanan dan pembahagian kuasa yang saksama antara parti komponen, pada PRU-2008, parti itu diberi perananan bertanding satu kerusi parlimen dan tiga kerusi DUN, yakni Parlimen Sandakan, DUN Karamunting, DUN Merotai dan DUN Tanjong Kapor. Berkat kerjasama antara komponen BN, maka semua kerusi yang ditandingi LDP bagi mewakili BN menang 100 peratus; dan menariknya berjaya merampas semula Parlimen Sandakan yang terlepas pada PRU-2004, akibat sabotaj salah sebuah parti komponen BN pada masa itu.
Yang menarik bagi parti itu, sejak diubuhkan dan diterima dalam BN, ada sahaja pemimpinnya dilantik pada jawatan kabinet samada di peringkat Persekutuan mahupun negeri. Malah, parti itu bersama-sama Umno, SAPP, UPKO, pemimpinnya pernah dilantik ke jawatan Ketua Menteri. Menariknya lagi, hanya bersama Umno, pemimpinnya pernah dilantik ke jawatan Timbalan Ketua Menteri, dan kabinet negeri.
Persidangan parti itu yang ke-23 yang berlangsung pada Ahad, merupakan persidangan terakhir bagi parti-parti yang bergabung bersama 12 parti kompnen dalam BN, sebelum gabungan itu berdepan dengan PRU-13.
Sebagai parti yang berasaskan kaum cina, LDP sangat diharapkan peranannya dalam berhadapan dengan PRU-13, kerana sepertimana dihadapi gabungan itu pada PRU-12, bahawa kecenderungan kaum cina menyokong BN telah menjunam dan mengalihkan sokongan mereka kapada Pakatan Rakyat khususnya kepada DAP. Sebagai tambahan, melalui PRN Sarawak pada tahun 2011, ternyata sokongan kaum cina bertukar secara drastik kepada pembangkang, apabila parti komopnen BN Sarawak SUPP, mengalami kekalahan teruk, termasuk kekalahan Presidennya.
Akan mampukah LDP bersama-sama MCA, Gerakan dan SUPP menggalas tugas untuk menarik pengundi kaum cina menyokong BN? Bagi LDP dan SUPP akan ringan tugas parti itu, kerana merupakan parti negeri, berlainan dengan MCA dan Gerakan yang merupakan parti kebangsaan.
Khusus bagi Sabah, peranan LDP sangat diharapkan bagi kawasan-kawasan Parlimen Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau, bagi DUN pula sangat diharapkan peranannya bagi DUN Likas, Dun Luyang, DUN Kepayan, Dun Tanjing Aru, DUN Sri Tanjung, DUN Elopura di samping DUN-DUN yang bakal ditandinginya.
Kedatangan Perdana Menteri yang juga merangkap Pengerusi Barisan Nasional Pusat merasmikan persidangan parti itu, menggambarkan betapa pentingnya LDP dalam BN; selain itu, persidangan parti itu untuk dua tahun berturut-turut diadakan di Sandakan, mempunyai erti yang mendalam antara hubungan parti itu dengan Pengerusi BN Sabah- Datuk Musa Aman.
Nampaknya, riak-riak yang wujud beberapa tahun lalu antara Timbalan Presiden itu dengan Musa, sudah berlalu, bah kata peribahasa carik-carik bulu ayam lama-lama bercantum juga.
Kini, LDP bersama barisan pemimpinnya yang diketuai oleh Presidennya Datuk Liew Vui Keong telah bersedia bersama Musa melangkah bersama, bergandingan bahu untuk berdepan dengan PRU-13.
1 comment:
salam.. mohon pautkan blog saya ke blog tuan..ini link blog saya http://sangkakalajari9.blogspot.comougamb
Post a Comment