Thursday, September 13, 2012

Kerajaan Pakatan Rakyat Takut PRU Serentak! Hanya Kelantan sedia Pilihanraya serentak..

Rakyat boleh menilai berhubung hasrat kerajaan negeri  yang dikuasai Pakatan Rakyat-Kecuali Kelantan yang mahu mengadakan pilihan raya negeri dan Parlimen secara berasingan walaupun Barisan Nasional (BN) sudah bersedia menghadapinya, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sama ada tindakan kerajaan negeri-negeri yang dikuasa PR itu disebabkan bimbang mereka akan kalah, Muhyiddin berkata, ia juga terserah kepada rakyat untuk menilainya.


"Mungkin juga kerajaan-kerajaan itu gusar kerana rakyat di negeri2 itu sudah bersedia menyokong BN dan hanya menunggu masa mengembalikan negeri itu kepada BN untuk ditadbir," katanya kepada pemberita di Putrajaya, hari ini.

Beliau mengulas mengenai laporan portal yang memetik pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor akan diadakan berasingan daripada pilihan raya umum; memecahkan tradisi lama dalam sejarah pilihan raya di negara ini.

Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat semalam dengan memetik "masalah yang tidak dapat diselesaikan" pada senarai pemilih di negeri itu yang dikatakan termasuk ribuan pengundi yang diragui.

"Kalau rakyat Selangor sudah bersedia buat keputusan menyokong BN, agaknya waktu pilihan raya Parlimen mereka akan sokong BN tetapi kalau tiada pilihan raya di peringkat negeri setidaknya Anwar Ibrahim dan pengikutnya akan kata mereka tidak kalah di peringkat negeri," katanya.

Selepas itu, katanya, mereka akan mengatur strategi untuk mengadakan pilihan raya.
Muhyiddin berkata, sama ada ia akan berlaku atau tidak, bagi Barisan Nasional (BN) baik di peringkat pusat mahupun negeri, mereka sudah bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

"Kita tidak boleh buat tafsiran sama ada itu akan berlaku atau tidak, terserah kepada mereka (kerana) negara mengamalkan demokrasi, rakyat juga ada pilihan untuk buat keputusan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

"Sama ada ia akan menyebabkan kos berganda pun biar rakyat menilai, sama ada ia akan menimbulkan masalah, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) lebih mengetahuinya, yang penting BN Selangor sedia berdepan apa jua keadaan dan situasi," katanya. - BERNAMA

1 comment:

UMNO PARTI PENJARA said...

(( Take Note )) Anda Tentukan - Rakyat Terengganu Atau Rakyat Selangor Rakyat Terbodoh?..


Saya mohon sangat2 agar semua anak2 muda mengundi PR pada PRU ke-13. Mesti undi PAS, PKR dan DAP. Kita mesti ambil serius soal ekonomi dan perpaduan kaum. BN telah meninggalkan banyak hutang di setiap negeri. Ini akan membebankan kita.. Percayalah. Lihat sendiri selangor, bila PR memerintah kurang 5 tahun, hutang selesai. Bandingkan dengan Terengganu yang diperintah BN sejak 50 tahun dulu... Kat mana hebatnya Pemimpin UMNO yang menafikan kewibawaan Pemimpin Pakatan Rakyat? Mereka pun tahu tapi tetap mahu menafikannya.. sememangnya betul..

Terang2 tak wujud perpaduan dalam BN. MCA dan MIC terang2 menolak BN.

Pastikan anda memberitahu rakan2, emak ayah dan saudara yang kurang tahu soal ekonomi dan perpaduan kaum.... Walaupun terpaksa berada dlm kem BN dan UMNO, pastikan undi anda tetap kpd PR.... Yakin dan percayalah, anda tak rugi apa2 jika bg peluang kpd PR malah untung..

Blog Archive