Latest News

Saya tolak HUDUD Pas BUKAN HUDUD ISLAM: Tun Mahathir

Tun Dr Mahathir
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak pernah menolak pelaksanaan hukum hudud seperti mana yang terkandung dalam Islam.

Sebaliknya, beliau berkata hanya menolak hudud yang akan dilaksanakan oleh PAS.

"Saya tolak hudud PAS, (hudud) Islam saya tak tolak.

Menurut Dr Mahathir terdapat perbezaan yang ketara di antara hukuman hudud yang akan dilaksanakan PAS dan yang disyariatkan Islam.

"Kita kena bezakan antara dua ini (PAS dan Islam)...lain langsung," katanya.

Dr Mahathir berkata pelaksanaan hukuman hudud yang dicadangkan oleh PAS lebih menjurus kepada hukuman berat dan bersifat tidak adil.

"PAS lebih mirip kepada nak kenakan hukuman berat yang tak ada dalam al-Quran...dia (PAS) nak rejam dengan batu. Dalam Quran sebut tentang sebat 100 kali...lelaki dan perempuan.

"Kita tengok di Afghanistan mereka tuduh isterinya secara kejam dan bawa keluar tembak bagi mati...itu bukan (hukuman) Islam," katanya.

Mengulas lanjut Dr Mahathir berkata Islam menuntut supaya berlaku adil apabila meletakkan hukuman kepada seseorang.

Katanya apabila sesuatu hukuman itu dibuat secara tidak adil ia bukanlah hukuman yang dituntut dalam Islam.

"Islam tuntut supaya apabila kamu menghukum, hukumlah dengan adil. Orang Islam potong tangan, tapi orang bukan Islam masuk penjara dua bulan...itu tidak adil. Atau hukum wanita saja yang lelaki tak hukum," tegasnya.

Ditanya tentang pendirian PAS untuk terus melaksanakan hukum hudud walaupun ditentang DAP beliau menjawab:

"Itu dia (PAS) punya masalah, kawan baik dia," katanya.

0 Response to "Saya tolak HUDUD Pas BUKAN HUDUD ISLAM: Tun Mahathir"

Blog Archive