Wednesday, August 15, 2012

Apa dosa Nasharuddin Mat Isa pada PAS?

APA dosa Nasharudin Mat Isa pada PAS? Mungkin kah hasrat beliau untuk penyatuan ummah merupakan satu dosa? atau kah kerana sekemah dengan Perdana Menteri di Makkah merupakan satu dosa? atau kah kenyataannya yang mahu PAS melihat kembali hubungan parti itu dengan DAP, kerana isu Hudud, merupakan dosa beliau pada PAS?
 
Nasharudin gagal mempertahankan jawatan Timbalan Presiden PAS tahun lalu kepada Mat Sabu seorang yang bukan ulama dan seseorang yang bukan ilmuan.
 
Kekalahannya kepada Mat Sabu, hanya kerana isu kerajaan perpaduan dengan Umno yang ditentang habis-habisan oleh Nik Aziz. Semasa pertandingan kerusi Timbalan Presiden PAS, Nasha seolah-olah berdepan dengan Nik Aziz, bukannya Mat Sabu.

Kini, Nik Aziz menyatakan adalah baik bagi Nasha keluar PAS, kerana beliau menganggap mantan Timbalan Presiden itu berdosa besar terhadap parti.


Melihat keadaan sekarang, sebenarnya Nasha sudah terkeluar daripada arus perdana politik PAS, beliau seolah-olah tidak bererti lagi.

Nasha tiada pilihan lain, beliau perlu keluar daripada PAS, kerana kini, tiada lagi tempatnya dalam parti itu.

No comments:

Blog Archive