Wednesday, August 15, 2012

Hayat Ustaz Nasha dalam PAS tidak panjang lagi

NAMPAKNYA hayat Ustaz Nasha, mantan Timbalan Presiden PAS dalam parti yang dijenamakan sebagai parti berkebajikan itu tidak akan lama lagi.

Berbagai pihak dalam PAS telahpun mencemoh pemimpin itu, ekoran kenyataannya agar PAS wajib keluar daripada Pakatan kerana isu DAP yang terus menerus menolak undang-undang Hudud.

Di kawasan Parlimen Bachok sendiri, ketua pemuda Pas kawasan itu mendesak ahli parlimen itu meletakan jawatan sebagai ahli parlimen, kerana menurutnya Ustaz Nasha telah mengabaikan amanah rakyat Bachok terhadapnya.

Dalam perkembangan lain, Naib Presiden Parti Pas-Mahfuz Omar menyindir Ustaz Nasha sebagai seseorang yang belum cukup ilmu untuk berhujah dan berdepan dengan Majlis Syurah Pas.

Terbaru, Ustaz Nasha kelihatan bersama Perdana Menteri di Makkah.

Melalui perkembangan terbaru ini, apa kah Ustaz Nasha keluar daripada Pas atau kah menunggu untuk dipecat sepertimana berlaku terhadap mantan Pesurujaya Pas Selangor-Dr Hassan Ali? Hanya Ustaz Nasha yang punya jawapan.

No comments:

Blog Archive