Latest News

Keputusan bertulis penghakiman Sodomi II telah dikeluarkan

Keputusan penghakiman sodomi II telah siap dan diberikan kepada pihak-pihak terbabit.

Penghakiman setebal 80 muka surat itu dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi yang menghakimi Sodomi II Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.

Menurut penghakiman Hakim tersebut, adalah tidak cukup memadai untuk menghukum Anwar hanya berasaskan keterangan saksi Utama-Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Selain itu, Hakim berkenaan juga ragu mengenai penemuaan DNA yang dilakukan oleh ahli Kimia Dr Seah Lay Hong.

Pada 9 Januari lalu, Hakim yang sama telah membebaskan Anwar daripada kes sodomi II.

Difahamkan, pihak pendakwaraya, akan membuat rayuan terhadap keputusan itu, dalam tempoh 14 hari sepertimana dibenarkan undang-undang.

0 Response to "Keputusan bertulis penghakiman Sodomi II telah dikeluarkan"

Blog Archive