Wednesday, July 04, 2012

Anwar ancam bersara daripada politik kalau gagal jadi Perdana Menteri

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim membayangkan, beliau mungkin bersara daripada politik sekiranya Pakatan Rakyat tidak berjaya merampas Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang untuk membolehkannya dilantik Perdana Menteri.

Financial Times memetik Anwar sebagai berkata "Kita persembahkan manifesto, dasar-dasar kita, dan sudah tentu sekiranya diberikan mandat, saya teruskan, atau pun saya akan fikirkan kembali untuk mengajar," .

Akhbar yang beroperasi daripada London itu juga memetik Anwar sebagai mengakui, pilihan raya umum ke-13 "mungkin" menjadi peluang terakhirnya untuk menjadi perdana menteri.

Dalam masa yang sama, harian yang diedarkan di seluruh dunia itu menulis, Anwar, 65, kelihatan "letih" untuk seseorang yang mencari peluang terbaik mentadbir negara.

Anwar sebelum ini dilaporkan berkata, beliau yakin akan berlaku pertukaran kerajaan dalam pilihan raya umum akan datang.

No comments:

Blog Archive