Wednesday, July 04, 2012

Punca Kematian Yasser Arafat: Besar kemungkinan diracun

BUKTI baru ditemukan, bahawa punca kematian Pemimpin Palestine Yasser Arafat pada 12 November, 2004 selepas tiba-tiba sakit pada 12 Oktober tahun yang sama.

Ujian klinikal oleh sebuah Hospital Switzerland mendapati bahawa darah, peluh, airliur dan air kencing dicemari sejenis radioaktif yang dipanggil polnium-210.

Berasaskan penemuan terbaru itu, balu Arafat, Suha meminta pihak berkuasa Palestine agar menggali kubur Arafat yang disemadikan di Ramallah.

Jika nanti didapati bahawa tulang-tulang Arafat mengandungi radioaktof itu, maka tidak syak lagi, kematian Presiden Palestine itu, disebabkan diracun.

No comments:

Blog Archive