Tuesday, June 12, 2012

MP BN mungkin dapat suntikan Dana dalam Bajet 2013

Diramalkan semua wakil rakyat BN akan mendapat suntikan dana bagi kawasan masing-masing dalam bajet 2013.

Bajet 2013 akan dibentang pada 28 September ini. Bajet itu dilihat oleh berbagai pihak sebagai bajet pilihanraya, BN.

Najib yang pertama kali mengetuai BN dalam pilihanraya berusaha keras memenangi PRU-13 dengan majoriti 2/3.

Najib mengambil alih jawatan Perdana Menteri Pada April, 2009; ekoran tsunami politik yang melanda BN di Semenanjung pada tahun 2008.

Dari 166 kerusi yang dipertandingkan di Semenanjung, BN menang 85, sementara PR 80 dan 1 bebas melalui Datuk Ibrahim Ali yang menggunakan tikit PAS.

Secara keseluruhan BN mendapat 139 kerusi daripada 222 kerusi parlimen, atas sebab Sabah dan Sarawak menyumbang 54+1 kerusi daripada 57 yang tersedia bagi negeri di seberang lautan China itu, termasuk WP Labuan.

Berasaskan kajian berbagai pihak, jika PRU-13 diadakan pada masa sekarang, BN mampu menang 146 kerusi, dimana 118 dalam kedudukan pasti menang. Jumlah kerusi itu, kurang dua untuk membentuk kerajaan dengan kuasa 2/3.

Diharapkan selepas Bajet 2013, dan pemberian BR1M gelombang ke-2, sokongan rakyat kepada BN akan bertambah kukuh dan tambahan 2-5 kerusi bagi membolehkan gabungan 13 parti itu membentuk kerajaan dengan selesa ditambah dengan kuasa 2/3.

No comments:

Blog Archive