Latest News

Seks Aiskrim: Azmin kena selesai sendiri: Hadi Awang

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berharap semua pihak termasuk media memberi peluang kepada timbalan presiden PKR Azmin Ali membersihkan nama berhubung rakaman video panas yang didakwa mirip dirinya (Azmin).

"Saya tak ada hak untuk bercakap tentang itu, biar dia sendiri yang cakap secara langsung....beri peluang (kepada Azmin membersihkan namanya)," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa diminta mengulas rakaman video panas yang didakwa mirip Azmin bersama seorang wanita yang tersebar baru-baru ini, selepas menyampaikan ceramah umum bersama bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir di Bukit Tok Beng, Batu Rakit, di Kuala Terengganu, hari ini.

Ketika diminta mengulas kenyataan Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baru, Datuk Zulkifli Noordin yang mendakwa rakaman video berkenaan dibuat oleh orang dalam parti PKR sendiri, Abdul Hadi berkata beliau tidak mahu mengulas berdasarkan andaian atau dakwaan.

"Saya tak nak komen sebab ia dakwaan sahaja, satu andaian...buat andaian memang tak boleh. Kita (PAS) berpegang kepada ajaran Islam, adat Islam kena ada empat saksi, saksi yang adil, ikhlas dan bersopan dan mahkamah yang bebas.

"(Yang penting) beri peluang Azmin bela diri, termasuk yang menuduh itu pun kena diambil tindakan, mana boleh menuduh saja-saja," katanya.

Mengenai ura-ura beberapa lagi video panas yang didakwa membabitkan pemimpin pembangkang yang lain akan didedahkan, Abdul Hadi berkata pihak yang mendakwa mempunyai rakaman berkenaan sepatutnya membawa kes berkenaan ke mahkamah.

"Berdosa, kalau tuduh orang, betul sekali pun tapi tak ada saksi dan tak ada bukti tetap berdosa, apatah lagi benda salah, Islam tak benar begitu," katanya.- Bernama

1 Response to "Seks Aiskrim: Azmin kena selesai sendiri: Hadi Awang"

Adi Kencana said...

Video ni besi je kan Hj Hadi? Mana boleh pakai buat bukti!!

NURUL IZZAH: PENGUNDI LUAR NEGARA LEBIH PENTING DARI PENGUNDI DLM NEGARA? Baca di sini...

http://apakecoh2.blogspot.com/

Blog Archive