Monday, May 07, 2012

Akhirnya Azmin mengaku-Tetap dan kasih pada ibunya




Kalaulah ibunya Azmin Ali  Cik Tom,78 tidak merayu dengan airmata, Timbalan Presiden PKR itu tidak akan mengeluarkan kenyataan, bahawa dia tetap dan kasih sama ibunya.

Sekiranya Azmin, tidak mengabaikan Ibunya, sepertimana dakwaan ibunya, sudah tentu tiada pihak-pihak yang cuba menjadi perantara, agar supaya hubungan ibu dan anak bertaut semula.

Sepatutnya Azmin bersyukur, kerana usaha pihak-pihak tertentu agar Azmin kasih kembali kepada ibunya. Namun, niat murni pihak-pihak tertentu, disalah tafsir oleh Azmin, malah menganggapnya sebagai usaha jijik dan kotor.

Niat yang baikpun dianggap jijik dan kotor, ini bermakna, pengakuan Azmin bahawa dia tetap dan kasih pada ibunya adalah pengakuan yang terpaksa.

Tiada ibu yang berdusta mengenai anaknya, tetapi itulah kenyataannya, apabila ibu Azmin sendiri mengakui, bahawa Azmin mengaku bahawa darah dagingnya adalah Anwar Ibrahim, bukannya adiknya Ummi Hafilda.

Derhaka kepada ibu, sungguh berat. Mungkin kerana derhaka itu, maka kelakuan buruk Azmin yang dilipat rapi selama ini, terbongkar... menyesal kemudian tiada makna lagi.

Ketahuilah Cik Azmin, tiada niat siapapun memporak peranadakan hubungan anda dengan ibu anda, apa yang ada adalah usaha agar anda kembali hormat, kasih kepada ibu anda.

No comments:

Blog Archive