Sejak akhir-akhir ini, pemimpin pembangkang melihat betapa pentingnya polis terhadap keselamatan mereka. Sebelum ini, kita tahu, bahawa rata-rata daripada mereka, baik pemimpin mahupun penyokong atau ahli mereka, menganggap polis sebagai Anjing dan hamba kerajaan.
Kita tahu, bahawa selama empat tahun sebaik sahaja mereka mempunyai suara di Parlimen dan menubuhkan kerajaan di empat buah negeri, pihak mereka merancang serta melakukan berbagai tindakan yang membangkitkan memarahan rakyat termasuk menghina pasukan keselamtan, para pemimpin kerajaan BN malah termasuk raja-raja melayu.
Mereka benar-benar lupa bahawa anggota pasukan keselamatan seperti polis juga mempunyai keluarga awam seperti mereka. Mereka juga lupa, bahawa ramai yang terasa lalu membangkitkan kemarahan rakyat, terhadap tindak tanduk mereka itu.
Mereka memaki hamun polis, memanggil dengan berbagai panggilan, seperti anjing, babi dan banyak lagi yang menyakitkan telinga.
Mereka membalasah polis, menuduh polis dengan berbagai tuduhan, sedangkan pihak keselamatan itu hanya bertindak kerana demi menjaga keselamatan orang ramai.
Kini, apabila kemarahan rakyat sukar dibendung lagi, maka para pemimpin pembangkang terpaksa menjilat semula semua tohaman mereka kepada polis. Mereka datang pula kepada Polis untuk minta dilindungi, sedangkan sebelum ini, pihak polis di mata mereka adalah kotor dan najis.
Kejadian di rumah Ambiga, dimana para peniaga yang dirugikan oleh Pengerusi Bersih itu, membuka gerai dan kejadian di Ayer Keroh Melaka, di mana ada rakyat yang marah dan membaling batu dan telur terhadapnya.
Rakyat yang marah terhadap Ambiga dan para pemimpin Pembangkang tidak boleh dipersalahkan, kerana akibat perbuatan merekalah rakyat menjadi marah.
Seharusnya, mereka perlu berdepan dengan rakyat yang marah itu, bukannya mengadu kepada polis yang mereka hina.
Mereka sebelum ini tidak anggappun polis adalah untuk menjaga keselamatan rakyat, namun apabila sudah terjepit, maka polis juga tempat mengadu.
Dasar para manusia yang tidak tahu diuntung....
1 comment:
Pembangkang memang selamanya hipokrit!
KRONOLOGI ISU ISTIJUARA SDN BHD – RAJA NONG CHIK BAGI KONTRAK PADA ANAK SENDIRI? Baca di sini...
http://apakecoh2.blogspot.com/
Post a Comment