Monday, March 19, 2012

PRU-13: BN masih berkuasa?

PRU-13 diambang pintu. Ramai yang meneka-neka apakah keputusannya? apakah BN masih berkuasa ataukah PR yang mahu mencuba merampas kerajaan akan diberi mandat?

Keputusan PRU-12 walaupun hanya menjadi rujukan; dimana BN kehilangan kuasa 2/3; namun ianya boleh menjadi iktibar.

Setiap pilihanraya berlainan suasana, berlainan mode, berlainan isu. Demikian juga pada PRU-13, suasana yang berbeza dengan PRU-12.

Mengenai parti mana yang akan menang; tergantung kepada siapa yang bercakap. Namun, pendapat yang mempunyai merit adalah pendapat mereka yang berada di atas pagar.

Pada PRU-13, dianggarkan kira2 2 juta pengundi baru akan ikut merancakkan pilihanraya. Parti mana sahaja yang mereka sokong akan menentukan keputusan pilihanraya.

Ramai penganalisis menganggarkan "swing" 10% pengundi atas pagar ini akan menentukan keputusan.

Melihat undi popular BN pada PRU2 lalu; PRU-1995-BN mendapat 65%, 1999-57%; 2004-64% dan tahun 2008-51%.

Tahun 2008-undi popular BN menjunam 13% berbanding tahun 1995. Pada PRU itu Pembangkang mendapat 83 kerusi berbanding BN 139 daripada 222 jumlah kerusi parlimen.

Daripada 139 kerusi yang dimenangi BN, 55 daripada Sabah, Sarawak dan Labuan; manakala 81 kerusi PR semuanya daripada semenjanung dan masing2 1 daripada Sabah dan Sarawak.

Bagi kerusi PR, 54 daripada 83-hanya dimenangi dengan majoriti kurang 10%; apabila berlaku "swing" 10%, maka PR hanya mungkin menang 29 kerusi.

Di pihak BN pula, daripada 139 kerusi, 56 kerusi dimenangi dengan majoriti kurang 10%, jika berlaku "swing" pengundi 10%; maka berimpak besar kepada BN.

Berasaskan keputusan PRU-12, maka terdapat 110 kerusi yang ditentukan oleh "swing votes"; kemenangan mudah memerlukan 112 kerusi.

Jika melihat keputusan PRU-12, kerusi2 yang dimenangi PR 82% memperlihatkan trend pengundian yang terbagi antara melayu dan bukan melayu. PR menang kerana mendapat 50% undi melayu; 90% undi india dan 70% undi cina.

Pada PRU-13, kemungkinan peratusan ini berubah di kawasan2 yang dimenangi PR itu. Menurut persepsi semasa; undi melayu kepada BN bertambah 5% kepada 55%, sementara india 50:50 antara BN dan PR, undi kaum cina pula meningkat kepada 80%.

Ini bermakna, sekurang-kurangnya 68 kerusi yang dimenangi PR pada PRU-12 lalu sudah tidak selamat. Manakala kerusi marjinal BN (56); akan terselamat kerana berubahan pola pengundian.

Berasaskan kepada trend ini, PR sukar mendapat semula kerusi yang dimenangi pada PRU-12, yakni 83. Adalah memadai mereka akan menang antara 40-46 kerusi, itupun disumbangkan oleh parti DAP dan sedikit daripada parti PAS. PKR adalah parti yang menyumbangkan kepada kekalahan teruk PR. walaupun kerusi tradisi seperti Permatang Pauh, mungkin masih dimenangi dan kawasan cina yang meletekan calon daripada kaum cina.

Walaupun PR mendapat undi popular 51% pada tahun 2008 di Semenanjung; namun kali ini; undi popular itu akan menjunam; sebaliknya undi popular parti itu di Sabah dan Sarawak mungkin meningkat.

Keputusan PRU-13 akan menyaksikan bahawa PR hanya mendapat antara 29-32 kerusi di Semenanjung, sementara di Sarawak 7-10, manakala Sabah 4.

Berasaskan kepada analsis ini, BN merupakan pemenang pada PRU-13 dengan mandat yang kuat daripada rakyat. Tahniah.

No comments:

Blog Archive