Friday, February 24, 2012

RCI PATI: Masih dalam pertimbangan: Najib

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menolak dakwaan kononnya kerajaan telah meluluskan penubuhan sebuah Suruhanjaya Diraja (RCI) bagi menyiasat tuduhan bahawa ramai pendatang asing diberikan kerakyatan negara ini bagi membolehkan mereka mengundi atau lebih dikenali sebagai ‘Projek IC’ di Sabah.

Sebaliknya, Najib sekadar berkata kerajaan sedang mempertimbangkan penubuhan suruhanjaya berkenaan.

"Kita sedang timbang (penubuhannya)," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno malam tadi.

Jawapan perdana menteri itu dikatakan mengejutkan banyak pihak kerana beberpa pemimpin kanan Sabah sebelum ini berkata jemaah menteri pada mesyuaratnya pada 8 Februari lalu telah bersetuju menubuhkan suruhanjaya berkenaan.

Malah pemimpin BN Sabah terutama dari parti KDM juga membuat spekulasi bahawa Najib akan mengumumkan secara rasmi penubuhan RCI itu semasa lawatan dua harinya ke negeri itu pada 16-17 Februai lalu.

Bagaimanapun, perrkara itu tidak menjadi kenyataan dan Najib meninggalkan Sabah tanpa langsung menyebut tentang sebarang siasatan berhubung peningkatan penduduk Sabah secara mendadak terutamanya membabitkan pendatang asing.

Malah, Setiausaha Agung Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut (Upko) Wilfred Madius Tangau berkata penubuhan suruhanjaya itu sudah diluluskan tetapi terma rujukan dan ahli-ahlinya masih belum dimuktamadkan.

Menurut Tangau, jemaah menteri pada mesyuarat 8 Februrari telah meluluskan penubuhan suruhanjaya itu dan perkara itu juga telah diminitkan. Tangau adalah mantan ahli parlimen Tuaran, dan tidak mempunyai sebarang akses terhadap minit2 kabinet.

Entah bagaimana Tangau membuat kenyataan bahawa kerajaan persekutuan memerlukan masa untuk mendapatkan maklum balas daripada beberapa sumber di Sabah dan juga kerajaan negeri.

Penubuhan RCI itu adalah antara cadangan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) mengenai pembaharuan dalam sistem pilihan raya di negara ini dalam laporan awalnya.

PSC semasa inkuiri awam yang dijalankan di Sabah pada November lalu menerima banyak aduan berhubung Projek IC.

Projek IC didakwa dijalankan sekitar tahun 1980-an dan 1990-an. Kononnya Projek operasi rahsia dan bersepadu itu bertujuan memberikan kad pengenalan kepada rakyat asing dengan niat untuk mengubah demografi Sabah supaya penduduknya menyokong Umno.

No comments:

Blog Archive