Latest News

PDRM belum ada niat minta ekstradisi Hilmi Hazimin Malek

KUALA LUMPUR:(Bernama) Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak bercadang mengekstradisi rakyat Malaysia bernama Hilmi Hazimin Malek, 37, yang kini dalam tahanan pihak berkuasa Indonesia bagi membantu siasatan penyebaran gambar separuh bogel Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Selangor, Elizabeth Wong.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata Hilmi Hazimin mungkin perlu menjalani pendakwaan berhubung kesalahan imigresen di Indonesia terlebih dahulu.

"Kita belum dapat laporan penuh daripada polis Indonesia tetapi kemungkinan Hilmi akan didakwa dan dihukum di sana. Selepas selesai perkara itu baru polis di sini akan ambil tindakan," katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan Maulidur Rasul di Bukit Aman, Jumaat.

Sebuah portal Indonesia pada Sabtu lepas melaporkan bahawa seorang rakyat Malaysia dikenali sebagai 'Azmin Heli', yang kemudian disahkan sebagai Hilmi Hazimin, ditahan oleh Imigresen Indonesia di Pulau Batam kerana memiliki dokumen palsu.

Dia dikesan mempunyai alamat di Ampang, Selangor dan dikatakan mempunyai kad pengenalan dan kad keluarga Indonesia palsu.

1 Response to "PDRM belum ada niat minta ekstradisi Hilmi Hazimin Malek"

Lantak Hangpa La said...

salam mohon link
usezworkshop.blogspot.com

Blog Archive