Latest News

Najib hadir perayaan Thaipusam: Demi politik ok -agama- kata Harussani gadai agama

Najib serba salah. Memenuhi kehendak politik, berakibat tidak baik terhadap agama anutannya.

Kehadirannya semasa perayaan Thaipusam di Batu Caves untuk yang ketiga kalinya, menurut Mufti Perak, beliau mengadaikan aqidahnya.

Perdana Menteri bagi negara yang dihuni oleh berbagai agama dan kaum, perlu mempunyai sifat tolak ansur yang tinggi, yang penting nawaitu beliau. Beliau hadir, kerana menghormati penganut hindu. Dalam islam kita digalakkan menghormati agama2 lain, ditegah mencemuh, kerana kalau kita berbuat demikian, mereka akan mencemuh kita berkali ganda. Kita diwajibkan mempertahan agama kita, kalau diganggu gugat. AYT bukan ustaz, namun demikian lah apa yang AYT dengar melalui khutbah yang disampaikan semasa sembayang jumaat hari ini.

Najib datang sebagai PM semua kaum. PM bukan agama. PM adalah jawatan. Najib secara individu adalah orang melayu, penganut agama islam. Jangan kerana jawatannya, maka beliau dituduh menggadai aqidahnya.

1 Response to "Najib hadir perayaan Thaipusam: Demi politik ok -agama- kata Harussani gadai agama"

To Live Again said...

Salam sedara,

Dalam bab ni kita mmg kena akui yg Najib SALAH sy ulang SALAH. Sy juga penyokong umno tp sy tdk penah MENGHALALKAN CARA.

Sebagai Muslim kita tiudak disuruh memusuhi agama penganut agama lain yg tidak memusihi kita.Tapi untuk MENGHORMATI smpai ke tahap menjejak kaki ke rumah ibadat di hari perayaan, saya fikir ini jauh keterlaluan.Tindakan najib sm jer dgn nizar dn nuar yg tunduk hormat pd mayat teoh yg mampos jatuh bangunan 2.

Tahukah saudara, yg Najib merupakan PM kedua lepas bapak dia arwah Tun Razak yg berkunjung ke kuil batu caves.Tahu tak sedara yg Tun Hussein,Tun M dn Tun Lah tak penah ke kuil pd hari tahipusam.Ini bukan beerti mereka anti-hindu, tapi mereka menjaga batas2 sebagai seorang Islam.

Dalam hal ini, saya teringat pesanan Ustaz Kazim yg penah meluahkan kekecewaan beliau dgn tindakan Najib berkunjung ke kuil pd hari Thaipusam semata2 nk dpt undi.Saya msh teringt lg kata2 beliau yg mengingatkan Najib bahawasanya :

BERUSAHA PERLU ADA BATASANNYA. MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA. BERUSAHALAH SELAGI IA MEGIKUT HUKUM SYARAK, SELEBIHNYA SERAH LA KEPADA ALLAH YG MENJADI TEMPAT KITA MENYERAH NASIB KITA.

Saya sebagai MUSLIM mengisytiharkan sokongan penuh sy pd TS Harussani dn Ustaz Kazim dlm hal ni.

Berkata benarlah walau pahit.

Blog Archive