Showing posts with label PM Hadir Thaipusam. Show all posts
Showing posts with label PM Hadir Thaipusam. Show all posts

Saturday, February 07, 2015

Patut Kah Najib Berbuat Begini??

SETIAP kali kehadiran Perayaan Thaipusam, seolah PM dan Isteri yang meraikannya. Apa kah beliau tidak mendapat nasihat sebenar, berkaitan dengan kehadiran beliau? AYT bukan pakar agama, akan tetapi, biarlah perbuatan itu, tidak menggambarkan seseorang yang bukan penganut agama itu, hanya hadir, bukannya menyerupai tradisi sambutannya.

Apa kah dengan kalungan bunga (gambar) itu hanya penghormatan?? bagi orang Malaysia yang melihatnya, memang menganggapnya sebagai penghormatan, bagaimana kah kalau mereka itu bukan orang Malaysia?? Menungkin ada prasangka??? Perlu dibiarkan?? atau??? Pakar-pakar agama perlu membuat nasihat..

Friday, February 10, 2012

Najib hadir perayaan Thaipusam: Demi politik ok -agama- kata Harussani gadai agama

Najib serba salah. Memenuhi kehendak politik, berakibat tidak baik terhadap agama anutannya.

Kehadirannya semasa perayaan Thaipusam di Batu Caves untuk yang ketiga kalinya, menurut Mufti Perak, beliau mengadaikan aqidahnya.

Perdana Menteri bagi negara yang dihuni oleh berbagai agama dan kaum, perlu mempunyai sifat tolak ansur yang tinggi, yang penting nawaitu beliau. Beliau hadir, kerana menghormati penganut hindu. Dalam islam kita digalakkan menghormati agama2 lain, ditegah mencemuh, kerana kalau kita berbuat demikian, mereka akan mencemuh kita berkali ganda. Kita diwajibkan mempertahan agama kita, kalau diganggu gugat. AYT bukan ustaz, namun demikian lah apa yang AYT dengar melalui khutbah yang disampaikan semasa sembayang jumaat hari ini.

Najib datang sebagai PM semua kaum. PM bukan agama. PM adalah jawatan. Najib secara individu adalah orang melayu, penganut agama islam. Jangan kerana jawatannya, maka beliau dituduh menggadai aqidahnya.

Blog Archive