Saturday, November 05, 2011

Untuk pertama kali acara korban penganut islam ditegah di tempat awam di negara ini

Menjelang sambutan Aidiladha,Majlis Perundingan Bagi Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia (MCCBCHST) menggesa pihak berkuasa supaya tidak meneruskan amalan menyembelih lembu-lembu di perkarangan sekolah dan tempat-tempat awam.

Dalam kenyataan yang ditandatangani oleh pemimpin-pemimpin majlis itu, MCCBCHST menyuarakan kebimbangan bahawa upacara mengorbankan lembu - yang dianggap sebagai binatang suci oleh penganut Hindu - akan menyinggung penganut agama itu.

Untuk pertama kali di negara ini, upacara korban yang dijalankan oleh penganut islam, sebagai mengenang peristiwa antara Nabi Ismail a.s. dan ayah Nabi Ibrahim a.s.ditegah oleh penganut agama lain.

Walaupun majlis korban yang diamalkan oleh penganut islam di seluruh dunia termasuk di negara ini, di mana binatang ternakan seperti lembu dijadikan korban sempena mengingati perintah Tuhan terhadap Nabi Ibrahim a.s. untuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail a.s.; Namun demikian, MCCBCHST kurang senang apabila aktiviti seperti itu dijalankan di hadapan penduduk/pelajar yang berbilang kaum dan budaya, kerana ia tidak mengambil kira sensitiviti kanak-kanak sekolah dan masyarakat majmuk Malaysia.

Pihak MCCBCHST meminta menghentikan upacara pengorbanan daripada dijalankan di sekolah-sekolah, institusi-institusi pengajian tinggi dan tempat-tempat awam lain.

"Kami berpendirian bahawa tempat-tempat awam, terutamanya sekolah-sekolah, bukan tempat yang tepat untuk melaksanakan upacara ini yang hanya berkaitan dengan masyarakat Islam. Ini tidak memberi teladan yang baik untuk kita menggalakkan keharmonian dan keamanan di kalangan rakyat majmuk negara ini,” kata kenyataan itu lagi.

No comments:

Blog Archive