Latest News

Penyanyi "Hip don't Lie" Shakira dinobat penyanyi pop latin 2011

LAS VEGAS: Pinggulnya memang tidak pernah berbohong, begitu juga dengan jualan albumnya yang tinggi.

Bintang pop antarabangsa Shakira telah diberi penghormatan sebagai Artis Terbaik Penyanyi Latin 2011 di Las Vegas, semalam.

Penyanyi yang berusia 34 tahun yang berasal dari Colombia diberi penghormatan itu di majlis makan malam yang dihadiri oleh bintang ternama penyanyi Latin termasuk penyanyi dari Venezuela yang terkenal, Franco De Vita, penyanyi rock Mexico, Alejandra Guzman dan lagenda salsa, Gilberto Santa Rosa.

Album Shakira dalam bahasa Sepanyol dan Inggeris telah terjual sebanyak 60 juta dan merupakan artis termuda yang menerima anugerah itu.

Penyanyi Latin yang pernah menerima anugerah itu termasuk Carlos Santana, Gloria Estefan dan Ricky Martin.

Sebelum itu Shakira berjalan di karpet merah dengan memakai gaun potongan greek, manakala rambut panjang berwarna perangnya ditocang.

“Ini adalah hari yang paling penting dalam hidup saya,” katanya.

“Saya rasa gembira, rasa dihormati dan juga rasa rendah diri dengan anugerah ini.”

Majlis anugerah itu adalah kemuncak penghormatan yang di berikan untuk Shakira. Beberapa hari lalu dia mendapat bintangnya sendiri di ‘Hollywood Walk of Fame’ di Los Angeles.

Penyanyi lagu ‘Hip Don’t Lie’ ini juga dicalonkan untuk tiga anugerah, termasuk album terbaik di Anugerah Grammy Latin ke 12 di Las Vegas.

0 Response to "Penyanyi "Hip don't Lie" Shakira dinobat penyanyi pop latin 2011"

Blog Archive