Sunday, November 06, 2011

11-11-2011: Parlimen akan bubar kah?

Najib telahpun menunaikan fardu haji, menunaikan rukun islam ke-5. Apa kah petanda,bahawa parlimen akan bubar pada tarikh kegemaran Najib itu?

Ramai pemerhati politik, termasuk mantan Perdana Menteri, bahawa jika PRU-13 diadakan lebih awal sebelum tampat tempoh parlimen sekarang, yang sepatutnya berakhir pada mei, 2013, BN diramal kalah teruk. Apa kah Najib terpengaruh dengan para penganalisis tersebut? sedangkan Najib memegang semua maklumat mengenai tendensi rakyat.

Para penganalis hanya membuat hadaian secara umum, bukan menyeluruh, sedangkan Najib mempunyai laporan yang menyeluruh.

Laporan daripada pasukan khas, laporan daripada JASA, KEMAS, penerangan, ketua-ketua masyarakat diperingkat akar umbi, perisikan, semuanya diserahkan langsung kepada pengerusi BN itu.

Jauhari juka mengenal manikam, ertinya hanya Najib seorang yang mengetahui bila PRU-13 akan diadakan.

Jika PRU-13 diadakan dalam waktu terdekat, besar kemungkinan hanya kawasan parlimen sahaja yang dipertandingkan, manakala dewan undangan negeri akan menyusul kemudian atau menunggu tampat tempoh, yakni pada penggal pertama tahun 2013.

BN sebenarnya lebih berminat terhadap kawasan Parlimen, kerana ianya menentukan penguasaan Putrajaya.

Pada PRU-12, BN secara keseluruhan mendapat 140 kerusi daripada 222 yang dipertandingkan, kurang 8 kerusi daripada kuasa 2/3 di dewan rakyat. Standard 2/3 adalah mengukur kuatnya kerajaan sepertimana berlaku pada era Tun Mahathir. Kuasa 2/3 membolehkan kerajaan yang dibentuk meluluskan sebarang undang-undang di dewan rakyat walaupun tidak mendapat sokongan pembangkang.

Akan kah Najib membubarkan parlimen pada 11-11-2011, sekambalinya beliau daripada tanah suci? sama-sama kita tunggu.

No comments:

Blog Archive