Rumah Katini Borhan di Taman Adika; Keningau.
Muslihat seorang pegawai polis Keningau , yang terlibat pembunuhan seorang bekas ratu cantik yang juga seorang janda beranak satu, Kartini Borhan, 27 awal minggu ini, kini terbongkar.
Inspektor Polis yang berumur 29 tahun itu, yang tercedera parah di bahagian badan itu, ada kemungkinan tercedera dalam proses pergelutan dengan mangsa.
Sebelum ini dikatakan ada pihak ketiga terlibat dalam pembunuhan itu, kini siasatan polis mengarah kepada pegawai polis tersebut.
Dilaporkan sebelum ini, pegawai polis berkenaan mendakwa bahawa dia ke rumah wanita janda tersebut di Taman Andika, kira 800 meter daripada Balai polis Keningau, kononnya membantu wanita itu, kerana rumahnya sedang dimasuki pencuri.
Mangsa yang merupakan bekas ratu unduk ngadau Keningau, dan pernah berkahwin dengan seseorang berketurunan cina daripada Lahad Datu.
Selepas siasatan selama seminggu, pihak polis mendapati, hanya pegawai polis itu merupakan suspek utama. Semalam, pegawai polis berkenaan telah direman selama seminggu untuk siasatan lanjut.
No comments:
Post a Comment