Monday, August 01, 2011

Sodomi II: Anwar mohon 10 individu lagi menjadi saksi alibi

Selain DS Najib dan Datin Rosmah Mansor, Anwar memohon tambahan 10 individu lagi menjadi saksi alibinya termasuk rakannya bekas pengarah eksekutif Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia Mohamad Ariff Abdul Kareem dan ketua pegawai operasi Bursa Saham Malaysia Omar Malek Ali Merican.

Pada 26 Julai lalu, Anwar memfailkan permohonan bagi 5 individu termasuk pemilik kondominum Hasanuddin Abd Hamid pemilik unit kondominium di mana kejadian meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan didakwa berlaku; bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof.

Kes liwat II telah memasuki kes pembelaan terduduh dan bersambung pada 8 Ogos ini.

No comments:

Blog Archive