Dewan Ulama PAS Pusat sebulat suara meluluskan usul supaya isu video seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin tertinggi pakatan pembangkang dibawa dan dibahaskan dalam Muktamar Agung ke-57 parti itu, esok.
Usul itu akan dikemukakan anggota Dewan Ulama PAS Kelantan Nik Razi Nik Mat, iaitu adik bongsu kepada Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan akan disokong oleh seorang perwakilan dari Kubang Pasu, Kedah.
Nik Razi berkata, usul itu dibentang bagi membolehkan perwakilan membahaskan motif sebenar ia disebarkan serta kaitannya dengan rancangan pihak tertentu untuk melemahkan pengaruh pakatan pembangkang. - BERNAMA

No comments:
Post a Comment