Thursday, June 02, 2011

Sodomi II: Anwar mohon lucut Hakim

Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan notis usul memohon supaya Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menarik diri daripada mendengar kes liwat yang sedang dihadapinya atas alasan pra-penghakiman dan berat sebelah.

Beliau juga memohon perintah supaya perbicaraan itu didengar semula oleh hakim lain.

Pada 16 Mei lalu, Anwar diarahkan untuk membela diri atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Azlan Bukhari. Ahli Parlimen Permatang Pauh itu dijadualkan mengemukakan pembelaannya pada Isnin ini.

No comments:

Blog Archive