Saturday, June 04, 2011

Muktamar Pas: Berakhirnya penipuan

Sejak Pas ditubuhkan, rakyat disogokkan dengan negara islam, namun akhirnya selepas 60 tahun, baru terbongkar, bahawa sebenarnya istilah negara islam itu tidak disebut dalam al-Quraan.

Pas berjudi dengan nasibnya dengan mengubah prinsip itu, dan kini berubah kepada "negara kebajikan".

Jika rakyat faham apa yang dilakukan oleh Umno/BN sejak merdeka, maka selama lebih 50 tahun, UBN memperjuangkan negara kebajikan.

Sekolah percuma, hospital percuma, jalan persekutuan atau jalan negeri percuma, malah kerajaan memberi subsidi sehingga ke hari ini untuk barangan keperluan harian rakyat.

Cuba seneraikan negara-negara di dunia yang mengamalkan sepertimana ada di Malaysia? mungkin terjumpa, namun tidak banyak.

Ada lah mudah untuk bercakap secara teori, namun pelaksanaannya tidak mudah dilakukan.

Dalam ilmu ekonomi, harga sebenarnya ditentukan antara pengguna dan pembekal, dalam pasaran terbuka. Harga naik, apabila pengguna lebih ramai dibanding pembekal; dalam ertikata, jumlah barangan yang dibekal kurang dibanding barangan yang diperlukan oleh pengguna.

Dalam konteks Malaysia, barangan yang diperlukan oleh pengguna kebanyakkannya adalah barangan yang diimport, tidak terkecuali beras.

Walaupun, negara adalah pengeluar minyak kelapa sawit salah satu terbesar di dunia, namun komoditi itu adalah barangan eksport, di mana harganya ditentukan oleh pengguna luar. Lagipun, ladang-ladang besar kelapa sawit adalah kepunyaan swasta yang berorentasikan eksport.

Untuk kegunaan dalam negara, sudah tentu, negara terpaksa berpaksikan kepada harga pasaran dunia, atas sebab itu, agar pengguna dalam negara menikamti harga lebih rendah berbanding harga di pasaran dunia, maka kerajaan terpaksa memberi subsidi.

Tepung, gula, gandum, bawang, semuanya barangan bersubsidi.

Warga emas diberi sumbangan bulanan daripada kerajaan, apa kah ini bukan salah satu pengurusan negara kebajikan?

Entah, apa yang dimaksudkan oleh Presiden Pas-Haji Hadi Awang, dengan negara kebajikan? Mungkin, pada masa itu, semua barangan keperluan harian adalah percuma!! Mungkin mereka akan ikut cara pemerintahan sosialisme, bahawa rakyat adalah milik negera, semua produktibiti rakyat adalah milik negera, atas sebab itu, semua kebajikan rakyat ditanggung negara.

Jika si A ada kereta, maka si B mesti ada kereta, jika si C boleh ke melancong ke luar negara, maka si D juga demikian. Atau, jika si L hanya makan sekali sehari, maka si M juga demikian.

Mungkin ini lah salah satu cita-cita Pas bersama DAP-PKR.

No comments:

Blog Archive