Saturday, May 21, 2011

Video seks Anwar: Mahkamah yang tentukan kebenarannya: Hisham

Mahkamah akan mendedahkan kebenaran dan menjawab semua persoalan rakyat berhubung isu yang menyelubungi video seks membabitkan seorang lelaki mirip pemimpin pembangkang, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein.

Beliau berkata ramai ingin mengetahui perkara sebenar mengenai video itu dan ada yang mempertikaikan kredibiliti pihak yang melakukan siasatan, namun pendedahan mengenainya tidak boleh dilakukan.

"Kita sudah belajar, apa yang kita buat, ia akan diputarbelitkan jika didedah terlalu awal.

"Orang ramai akan dipengaruhi oleh kempen-kempen yang tidak munasabah dan akhirnya kebenaran itu tenggelam kerana persepsi yang ditanam oleh pihak-pihak yang ada kepentingan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Umno bahagian Seremban di Padang Awam Taman Pelangi hari ini.

Hishammuddin berkata laporan mengenai siasatan itu telah dihantar kepada Peguam Negara.
- Bernama

No comments:

Blog Archive