Friday, May 06, 2011

Najib tak nafi 11.11.11 PRU-13

Najib tak nafi bahawa PRU-13 akan diadakan pada 11.11.11. Angka 11 sangat signifikan terhadap perjalan hidup Perdana Menteri itu.

Dalam temubualnya dengan Radio HotFM pagi tadi, soalan 11.11.11 dikemukakan kepadanya sebagai tarikh PRU-13; bagi menjawab soalan tersebut, Najib tidak menafikannya, malah perkara itu adalah biasa dalam teka teki.

Sementara itu, Anwar Ibrahim Ketua Umum PKR telah meramalkan bahawa PRU-13 akan diadakan pada bulan Ogos tahun ini, entah bagaimana Ketua Umum PKR itu mendapat maklumat mengenainya.

Pembubaran Parlimen ditentukan oleh SPB Agong, atas nasihat Perdana Menteri. Oleh itu, hanya Perdana Menteri yang mengetahuinya.

PRU Malaysia kali terakhir diadakan pada 12 Mac 2008, yang menyaksikan kehilangan kuasa 2/3 BN; dan kehilangan 4 negeri, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Selangor; namun pada 5 Februari 2009, Perak kembali kepada BN, apabila 3 DUN Pakatan keluar dan menjadi DUN Bebas mesra BN.

Sebelum ini, Najib pernah membayangkan bahawa penentuan PRU-13 tergantung kepada keputusan PRN Sarawak. Pada PRN Sarawak 16 April lalu, BN berjaya mempertahankan kuasa 2/3 dengan mendapat 55 kerusi DUN daripada 71 kerusi. DAP mendapat 12 dan PKR 3 pada PRN Sarawak ke-10 tersebut. Sebelum DUN Sarawak di bubar, BN mempunyai 62+1 kerusi di DUN Sarawak.

Pada PRN Sarawak, pengundi kaum cina menolak BN, apabila calon SUPP kalah teruk, termasuk Presidennya Tan Sri George Chan di DUN Piasau-Miri.

Pada PRU-12 lalu, Sabah dan Sarawak menjadi penyelamat kerajaan BN apabila dua negeri itu menyumbang 54 kerusi parlimen daripada 56 kerusi dipertandingkan. Sementara di Semanjung, kerusi BN dan Pakatan adalah seimbang, daripada 166 kerusi yang dipertandingkan.

Pada PRU-13 akan datang, Kerusi Sabah dan Sarawak masih merupakan sadaran kepada BN untuk tetap mempertahankan Putrajaya.

No comments:

Blog Archive