Sunday, May 08, 2011

Elemen kejutan penting dalam memilih tarikh PRU-13: Tun M

Sesama sidang akhbar semalam di Kota Kinabalu, sebelum ceramah Perdana Tun Mahathir, sempena AGM MUBARAK, Tun Dr Mahathir berkata elemen kejutan dalam penentuan tarikh pilihanraya amat penting. Oleh kerana itu, Kerajaannya tidaklah perlu menunggu sehingga tamatnya mandat yang berakhir pada 2013. Akan tetapi, sambung mantan Perdana Menteri itu, PRU-13 tidak sesuai diadakan tahun ini, atas sebab banyak lagi perkara-perkara yang perlu dijelaskan kepada rakyat.

Kerajaan yang ada sekarang perlu memberi penerangan kepada rakyat demi pentingnya memilih pemimpin yang baik; sebab katanya-masih ada setengah rakyat yang masih menyokong pemimpin secara memabi buta yang sebenarnya mereka tahu, bahawa pemimpin itu berperangai buruk dan bermoral jelek.

Kerajaan perlu mencari masa yang sesuai dan bila keadaan itu tiba dan kerajaan yakin menang, maka masa itu lah yang sesuai diadakan PRU-13.

No comments:

Blog Archive