Friday, April 15, 2011

Tun M muncul di Mukah-bantu kempen

MUKAH: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang muncul menyertai kempen Barisan Nasional (BN) yakin Tan Sri Abdul Taib Mahmud mampu mengatasi tekanan pihak yang mendesaknya melepaskan jawatan Ketua Menteri Sarawak yang disandang sejak 30 tahun lalu.

Beliau berkata, sebagai pemimpin berpengalaman, Abdul Taib lebih tahu bila masa sesuai untuk berundur dan pihak lain tidak perlu memberi tekanan. "Saya pernah melalui apa yang sedang dilalui beliau, saya amat yakin beliau mampu menghadapinya dan tahu apa yang patut dibuat," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Berambeh Jegem Tun Dr Mahathir Mohamad di Kingwood Resort, di sini, hari ini. Lebih 2,000 penduduk Mukah menghadiri majlis itu bersama Abdul Taib dan isteri, Puan Sri Ragad Kurdi Taib serta Ahli Parlimen Mukah, Datuk Seri Dr Muhamad Leo Toyad.

Mengenai pilihan raya negeri hari ini, Dr Mahathir berkata, beliau percaya angin perubahan akan berlaku di negeri ini tetapi bukan membabitkan pertukaran kerajaan, sebaliknya lebih banyak pembangunan akan dibawa kerajaan BN selepas pilihan raya.

No comments:

Blog Archive