Friday, April 15, 2011

PRN Sarawak: SUPP berakhir seperti Gerakan di Pulau Pinang

Kurang daripada 24 jam lagi 979,000 pengundi Sarawak yang terbagi kepada 31.5% kaum cina, 29% iban, 27.5% melanau/melayu, 8% dayak dan selebihnya bidayuh dan orang ulu akan menunaikan kewajiban mereka dalam PRN Sarawak yang ke-10.

Sarawak mempunyai 71 kerusi DUN. Sebelum DUN di bubar BN Sarawak mempunyai 63 kerusi DUN, manakala DAP 6, PKR dan PCS masing-masing satu.

Pada PRN kali ini merupakan pertembungan yang paling sengit antara BN dan Pembangkang, kerana 71 kerusi dipertandingkan.

Pada keadaan semasa telah dilaporkan jika pengundian dijalankan pada hari ini, BN akan menang 43 kerusi, 19 Pakatan dan 9 Bebas.

Pihak pembangkang memerlukan 24 kerusi untuk mengenepikan kuasa 2/3 BN.

Diramalkan kerusi BN yang kalah disumbangkan oleh parti SUPP pimpinan George Chan. SUPP bertanding disemua kawasan hitam bagi BN- lima di Kuching, empat di Sibu, tiga di Miri, dua di Sarikai, dan masing-masing satu di Lubok Antu dan Bintulu.

SUPP akan kalah di Padungan,Pending, Kota Sentosa, Batu Kawah (Kuching); Repok, Meradong (Sarikei); Bukit Assek, Dudong, Bawang Assan, Pelawan (Bintulu), Piasau dan Pujut (Miri)-Kerusi Piasau -calon SUPP adalah Tan Sri George Chan Presiden parti itu.

Sementara itu PKR akan menang bagi dua kawasan majoriti cina-Batu lintabg (Kuching) dan Senadin (Miri).

Kawasan Kelabu bagi BN- Ba'kelalan (majoriti orang ulu)- Linga dan Saribas (Majoriti melayu).. masih sukar diramal.

Apa-apapun esok, apabila pengundian ditutup dan keputusan diumumkan, parti SUPP akan menjadi parti gerakan di Pulau Pinang semasa PRU-12 lalu.

Ramalan keputusan PRN Sarawak esok, BN masih membentuk kerajaan dengan majoriti 2/3, namun pertambahan kerusi Pakatan daripada 8 kepada 19 merupakan LAMPU AMARAN kepada BN untuk PRU-13 akan datang atas sebab parti Tunggak BN Sarawak PBB pun pada kali ini akan kehilangan DUN Tarat-DUN Nangka dan DUN Bukit Kota.

No comments:

Blog Archive