Friday, April 15, 2011

PRN Sarawak: Esok penentuan

ESOK tanggal 16 April 2011, rakyat di seluruh Sarawak akan keluar menunaikan tanggungjawab mereka bagi menentukan masa depan Bumi Kenyalang dalam tempoh lima tahun akan datang.

Tentunya, setiap undi amat penting dalam membentuk pentadbiran baru di negeri itu bagi menjamin kestabilan politik, keharmonian kaum dan program pembangunan diteruskan demi kepentingan rakyat.

Setiap parti mempunyai tempoh sehingga tengah malam ini untuk berkempen tetapi rakyat pastinya sudah membuat penilaian terbaik sebagai wakil mereka untuk menyuarakan segala masalah dan kesulitan yang dihadapi di kawasan masing-masing.

Berdasarkan pengamatan di dunia siber dan maklumat daripada juru kempen BN, rata-rata penduduk di negeri itu masih mahu Barisan Nasional (BN) mengekalkan tampuk pemerintahan di negeri itu.

Pada awal kempen, memang sambutan terhadap cermah Pakatan terutama pemimpin yang diimport daripada Semenanjung seperti Anwar, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng, memang mendapat sambutan. Ekoran perkembangan tersebut, Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN, datang berkampung di Sarawak sejak malam Sabtu lalu.

Dalam kempennya-DS Najib memberitahu rakyat Sarawak bahawa beliau adalah Perdana Menteri untuk semua termasuk rakyat di Sarawak.

Kempen yang diketuai Najib berganding bahu dengan para pemimpin tempatan, yang diketuai oleh Taib.

Walaupun selama kempen Taib menjadi sasaran utama pembangkang, namun umpan Pakkatan itu tidak mendatangkan banyak kesan kepada kawasan bumiputera.

Sayang kali ini, kaum cina telah terpedaya oleh DAP, dan kemungkinan calon-calon DAP akan menang sekurang-kurangnya 12 kerusi, semmuanya di kawasan yang ditandingi SUPP.

Ada yang mengatakan bahawa DUN Piasau di Miri akan ditawan oleh DAP, jika demikian, mmaka berakhirlah legasi Tan Sri George Chan, Presiden SUPP. Jika Georga Chan kalah, maka akan terulang lah kekalahan Tan Sri Wong Song Kai, Presiden SUPP sebelum Tan George.

Apa-apapun, esok rakyat Sarawak akan menentukan masa depan mereka sendiri.

No comments:

Blog Archive