Saturday, March 05, 2011

PRK Kerdau: Kehadiran Anwar membuatkan pengundi naik berang

Betapa meluatnya dan marahnya pengundi Kerdau terhadap Anwar. Dikhabarkan Anwar adalah individu yang tidak disenangi di Kerdau, atas sebab itu, apabila Anwar datang untuk berkempen membantu calon PAS Hassanudin Salim bagi PRK DUN Kerdau yang akan melabuhkan tirainya pada 6 Mac ini, dikhabarkan bukan sahaja Anwar dicemuh, malah keretanya dibaling dengan batu.

Selain itu, para pengiring Anwar juga terkena tempias amarah penduduk, sehingga dikhabarkan juga kenderaan mereka dirusakkan.

Apabila rakyat meluat, beginilah akibatnya. Anwar adalah kaki putar alam, atas sebab itu kemungkinan pengundi Kerdau tidak sudi mendengar putar alam Anwar di Kerdau.

Sementara Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berpendapat (Bernama), insiden Datuk Seri Anwar Ibrahim dikasari di kawasan Felda di Kerdau mungkin disebabkan penduduk kawasan itu menyampah dengannya.

"Itu (terjadi) kalau orang Felda tak boleh menerima Anwar. Kerana itu kampung mereka sendiri, itu hak merekalah," kata Muhyddin yang juga timbalan presiden Umno.

"Mungkin kerana mereka dah menyampah, (dan) tidak hendak dengar lagi cerita karut-marut dan berdosa lagi. Jadi lebih baik (Anwar) jangan masuk."

Pagi tadi, Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Pahang Ahmad Ahmad Nizam Hamid mendakwa kereta yang dinaiki Anwar dikepung dalam dibaling batu oleh sekumpulan 30 orang di Felda Jengka 22 pada Khamis malam.

Bercakap dalam sidang media harian PAS di Kerdau pagi tadi, pengamal undang-undang itu menuduh ia dilakukan penyokong Umno yang memakai baju dan ves dengan logo BN.

Ahmad Nizam juga mendakwa petugas Umno dan BN menabur paku di sekitar tapak ceramah Anwar dan pihaknya difahamkan 50 motosikal dan beberapa tayar kereta mengalami merosakan.

Sementara itu, terdapat petugas media yang mendakwa dihalau daripada membuat liputan berhubung insiden dalam oleh pihak PKR itu.

Diajukan perkara itu kepada Muhyiddin, beliau menjawab tindakan itu menunjukkan "gambaran sebenar" bahawa pembangkang tidak menghormati hak media walaupun selalu bercakap dengan nada berbeza.

"Kita kata patut media (jadi) bebas. Dialah juara kebebasan media. Jadi (sekarang) cakap tak serupa bikinlah," sindir Muhyiddin. (Bernama)

No comments:

Blog Archive