Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud mahu parti-parti komponen BN 'melancarkan pertarungan besar-besaran” ke atas pembangkang.
Berucap pada konvensyen BN di Kuching, hari ini, Taib yang begitu berkobar-kobar berkata BN tidak seharusnya lagi menjadi sebegitu defensif dalam menangkis segala tohmahan pembangkang.
Dalam menghadapi pilihan raya negeri yang dijangkakan diadakan seawal bulan ini atau bulan depan, Taib mendakwa kerajaan BN Sarawak telah membawa pembangunan pesat dan kekayaan kepada negeri itu, yang kini dianggap antara yang termiskin di Malaysia.
"Siapa berani kata BN tak buat apa-apa untuk negara? Kenapa kita perlu defensif? Kenapa kita harus takut untuk bersuara? Kenapa tidak kita perang besar-besaran ke atas penipu dan pengecut?”
BN sarawak conventionKetua menteri berusia 74 tahun itu yang bakal genap 30 tahun berkuasa di Sarawak pada bulan ini, kemudiannya mengimbas kejayaan BN, termasuk mendakwa berjaya meningkatkan pendapatan per kapita rakyat negeri itu sebanyak 40 kali ganda sejak mencapai kemerdekaan.
Ikrarnya, kerajaan negeri mensasar untuk meningkatkan pendapatan per kapita rakyat Sarawak pada RM28,075 sekarang ini kepada lima kali ganda iaitu - RM100,000 pada 2030.
Bagi Taib, pertarungan BN dengan pembangkang adalah pertaungan politik realiti berlawan dengan politik persepsi.
Katanya, hakikat politik yang diamalkan oleh BN berjaya membawa pembangunan kepada rakyat tetapi politik persepsi oleh pembangkang menyebarkan propaganda dan membakar sentimen orang ramai.
Sebelum itu, Taib tiba pada konvensyen BN itu menaiki sebuah Roll Royce, dengan diiringi isternya yang berusia 28 tahun, Ragad Waleed Alkurdi.

No comments:
Post a Comment