Friday, January 21, 2011

PRK Tenang: Penyokong luar Pas ambilalih ruang perniagaan

Seperti biasa di mana saja ada PRK pasti penyokong PAS dari negeri lain akan datang berpusu-pusu. Seperti di Bagan Pinang-semasa PRK itu, ruang-ruang perniagaan penduduk tempatan disapu habis oleh penyokong PAS daripada luar, tidak terkecuali di PRK Tenang.

Pekan Labis sejak seminggu lalu-hampir dikuasai sepenuhnya oleh peniaga Pas daripada luar. Penyokong Pas- bukan sahaja menidakkan peniaga tempatan, akan tetapi juga membawa budaya samseng mereka.

Pekan Labis dipenuhi bendara Pas-walaupun penamaan calon akan berlangsung esok. Pas lebih gemar kepada gimik. Konon jika bendera banyak-maka petanda itu lah sokongan rakyat.

Di PRK Bagan Pinang-bendera PAS di merata tempat-sehinggakan tempat pemasangan bendera BN pun di masa itu- ditutupi oleh bendara wau bulan. Namun, semua kita tahu, di PRK Bagan Pinang-Pas bukan saja tumpas, akan tetapi majoriti yang diperoleh BN melalui Tan Sri Isa Samad telah menjadi rekod.

No comments:

Blog Archive