Tuesday, January 25, 2011

Benarkah Cikgu Mala kahwin kali kedua?

Sebenarnya jika Normala tidak jadi calon bagi jawatan wakil rakyat-kita tak perlu tahu dia bernikah berkali-kali kah-itu urusan pribadinya. Akan tetapi, bila mantan cikgu ini melamar jawatan wakil rakyat-sebagai calon Pas di DUN Tenang-rakyat nak tahu juga latar belakang wakil rakyatnya. Itu saja.

Isu bahawa Normala ada skandal sebelum berkahwin dengan suaminya sekarang menjadi bualan bukan sahaja di laman siber akan tetapi juga oleh penduduk Tenang.

Kisah skandal calon Pas seperti tiada kesudahan. Jika di Galas pada pilihanraya kecil lalu, calon Pas terpalit dengan kes tangkap khalwat, kali ini calon Pas di Labis juga dikatakan mempunyai moral yang boleh diragui.

Ini kerana sudah mula timbul pelbagai dakwaan mengenai calon Pas bagi pilihanraya kecil DUN Labis, Normala Sudirman yang dikatakan mempunyai sejarah hitam.

Dakwaan yang dibuat di laman sosial Facebook menuduh beliau mempunyai skandal sebelum berkahwin dengan suaminya, Maarof Abdul Mutalib.

Penulis yang dikenali sebagai ‘Suara Dari Bumi’ mendakwa bekas guru itu meninggalkan bekas suami pertamanya kerana mengejar harta dan kebendaan.

Namun calon Pas itu setakat ini menegaskan bahawa dakwaan zina yang dilemparkan terhadapnya adalah tidak berasas sama sekali.

Mengulas dakwaan tersebut, Pemangku Ketua UMNO Bahagian Labis, Hj Rusdin Hj Mahamud berkata pihaknya tidak pasti dengan dakwaan itu walaupun dikatakan sudah heboh diperkatakan di laman blog dan facebook.

“Itu tidak pasti (dakwaan skandal)…yang kita tahu Normala bercerai dan bernikah ikut cara yang sah. Apa sebab dia (Normala) bercerai itu kita tak tahu dan tidak berminat untuk menggalinya.

“Biarlah dia jawab sendiri. Bagi kita dalam pilihanraya kecil ini kita nak fokus kepada usaha memenangkan calon kita. Apa yang kita nak utamakan gerak kerja jentera pilihanraya kita agar calon kita Mohd Azahar Ibrahim menang kerana dia mempunyai peribadi dan latar belakang yang cukup baik untuk rakyat di Tenang”, katanya.

Namun beliau percaya kalau benar perkara itu berlaku lambat laun orang akan tahu juga.

“Perkara yang busuk tak boleh disimpan lama-lama….orang akan bau juga. Biarlah mereka menjawabnya…. kita tak berminat untuk tumpu perkara itu”, ujarnya.

Jika diperhatikan seperti mana di Galas juga calon Pas menafikan perkara itu malah turut mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap laman web serta blog yang membuat dakwaan.

Namun apabila dicabar untuk mengambil tindakan tersebut, calon Pas terbabit sehingga habis pengundian sehingga kini diam seribu bahasa. Bak kata pepatah berani kerana benar takut kerana salah.

Harap calon Pas di Labis ini tidak mengulangi perkara yang sama seperti yang dilakukan calon Pas di Galas. -MediaUmno

No comments:

Blog Archive