Friday, August 13, 2010

Khalid Ibrahim downgrade Khir Toyo

Selepas lebih dua tahun merampas teraju pemerintahan Selangor daripada Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim merasakan pentadbirannya di negeri itu jauh lebih baik daripada penyandang sebelumnya.

Khalid mendakwa bahawa kerajaannya jauh lebih baik daripada kerajaan sebelum ini, lebih berdedikasi dan bukan penurut semata-mata jika dibandingkan dengan (pentadbiran Datuk Seri Dr) Khir Toyo,” kata Khalid yang juga ADUN Ijok dan ahli parlimen Bandar Tun Razak.
Sambil menyifatkan bahawa Khir Toyo berkhidmat kepada kerajaan pusat dahulu sebelum kepada rakyat. Beliau sendiri ambil banyak masa untuk stabilkan kedudukan sendiri.

Malah Khalid mendakwa bahawa sebahagian keputusan Mantan MB Selangor itu bertentangan dengan kepentingan negeri.

Khalid juga menggambarkan Khir mempunyai kualiti pentadbiran yang teruk sekali sehingga sekiranya berada dalam dalam sektor swasta, beliau tidak mampu pergi jauh.

“Kalau bekerja di (kumpulan) Guthrie, beliau (Khir Toyo) tidak akan sampai tahap pengurus kanan pun,” kata Khalid, bekas ketua pegawai eksekutif konglomerat itu.

Khalid mula terkenal apabila mengambil alih Guthrie – semasa itu syarikat perindustrian British – kurang daripada dua jam pada tahun 1981 setelah menyelesaikan "dawn raid" di London Stock Exchange.

Mengkritik ketua pembangkang negeri itu lagi, Khalid berkata, masalah lawan politiknya itu bukanlah pada sikap atau wawasannya, tetapi watak kepimpinannya.

“Kepimpinannya bukan seperti contoh yang dia bawa. Saya rasa dia, seperti peribahasa Melayu sebut, sambil menyelam minum air,” katanya yang sudah dua tahun lima bulan menjadi menteri besar Selangor.

No comments:

Blog Archive