Friday, March 19, 2010

Benar Kah Kerajaan Bayar RM 20 Juta Pada APCO?

Benar kah kerjaan ada membayar RM 20 juta kepada APCO worldwide, syarikat juruperunding yang kononnya 2 orang pengarah pada syarikat itu adalah orang yahudi.

Anwar dalam dakwaannya 2 hari lalu di dewan rakyat mengatakan bahawa kerajaan telah meminta perkhidmatan APCO pada tahun 1999 untuk melahirkan konsep 1Malaysia.

Anwar juga mendakwa bahawa mantan Perdana Menteri Israel Ehud Barak ada mengunakan khidmat APCO untuk melahirkan 1 Israel.

Di London semalam, Anwar cuba berhujah, apabila diberitahu bahawa APCO menafikan pengelibatannya terhadap konsep 1 Israel. Anwar dalam memberi ulasan terhadap penafian APCO itu, mengatakan itulah makna bisnes dan wang.

Anwar masih berhujah jika sekiranya APCO tidak terlibat dengan pelahiran 1Malaysia, kenapa kerajaan melakukan bayaran 20 juta ringgit.

Bagi AYT, dakwaan Anwar ini adalah dakwaan yang sangat serius. Selama ini polisi kerajaan Malaysia adalah menjauh semua urusan dengan sesiapa sahaja yang ada unsur yahudi. Jika benar lah, bahawa kerajaan Malaysia ada membayar 20 juta ringgit kepada APCO semata-mata untuk melahirkan konsep 1Malaysia, maka kerajaan perlu memberi penjelasan, menafi atau memberi sebab-sebab rasionalnya, agar tahu dapat menilainya.

Bagi AYT, tidak salah meminta perkhidmatan daripada mana-mana juruperunding antarabangsa, namun jangan lah pula, wang yang dibayar itu boleh diguna pakai oleh badan-badan tertentu itu untuk menghancurkan negara.

Kerajaan jangan mengambil mudah dakwaan Anwar ini, kerajaan perlu memberi penjelasan. Menghadapkan Anwar ke jawatankuasa khas parlimen, tidak akan membawa apa-apa makna, kerana Anwar bebas membuat tuduhan di mana-mana forum, baik dalam negara maupun luar negara.

Kerajaan jika perlu, patut mengeluarkan kertas putih mengenai dakwaan Anwar bahawa 1Malaysia sekonsep dengan 1Israel.

No comments:

Blog Archive