Friday, March 05, 2010

Barangkali Belum Ada Tawar Menawar: Doa Zaid Supaya Zul Keluar PKR Belum Termakbul

Cukup pelik! Apa yang ingin ditunggu oleh Zulkefli Nordin dalam PKR? Apa kah belum ada tawar menawar sepertimana dakwaan ahli parlimen Teluk Kemang Kamarul Baharin, semasa majlis berikrar di pejabat PKR PJ dua hari lalu? sebab itu Zulkefli masih bertahan dalam PKR.

Semalam secara tersirat Wan Azizah dan Saifuddin Nasution telah menggambarkan bahawa sebenarnya Zulkefli telah terpecat kerana memulau sesi displin parti itu yang khas ditubuhkan untuk mendengar kesnya.

Penyelaras Pakatan Rakyat, Zaid Ibrahim yang juga ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) memberitahu, bukan sahaja menggalakkan malah mendoakan Zulkifli Noordin segera keluar dari PKR.

"Saya menggalakkan dia untuk keluar (PKR)? Saya mendoakan dia (Zulkifli) meninggalkan PKR,"

Ianya berikutan tindakan Zulkifli yang didakwa sering mengkritik parti secara terbuka sehingga menjejaskan Pakatan Rakyat.

"Semua benda dia tak setuju dengan kita, dia nak berenti, munasabah,” ujarnya.

Menurutnya, sebarang rasa tidak puas hati terhadap kepimpinan parti perlu disalurkan secara betul, dan bukannya menyerang secara terbuka.

Zulkifli yang juga Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu semalam bertindak keluar dari sesi mengadap jawatankuasa lembaga disiplin selepas tidak berpuas hati dengan keanggotaan panel bukan Islam dalam jawatankuasa itu.

Beliau mendakwa panel yang sepatutnya menentukan masa depannya perlu dianggotai oleh orang Islam sahaja kerana ia membabitkan penggunaan isu kalimah Allah dan agama Islam.

Panel berkenaan dianggotai oleh seorang Islam, dua Kristian dan seorang Hindu.

No comments:

Blog Archive