Saturday, January 30, 2010

Kalau Pilihanraya Kecil Di Kawasan Majoriti Cina-India: Betulkah DAP Boleh Menang? Sekadar Analisis

Seusai sahaja pilihanraya umum ke 12 (PRU-12) setakat ini belum ada pilihanraya kecil (PRK) yang membabitkan kawasan yang majoriti kaum cina dan india.

Dalam rekod setelah sembilan pilihanraya kecil diadakan selepas pilihanraya umum 2008 di mana keputusannya menunjukkan bahawa BN masih gagal memulihkan sokongan rakyat terhadapnya. BN tewas dalam enam pilihanraya kecil,tidak termasuk DUN Penanti yang tidak ditandinginya.

Melihat kawasan-kawasan ini semuanya membabitkan kawasan majoriti kaum melayu atau bumiputra.

Seperti yang dijangkakan, BN berjaya mengekalkan dua kerusi DUN - Batang Ai (Sarawak) dan Bagan Pinang (Negeri Sembilan), tetapi tewas kubu kuatnya - kerusi parlimen Kuala Terengganu - kepada PAS.

Kecuali prestasi menggalakkan BN dalam pilihanraya DUN Manek Urai, gabungan parti Pakatan berjaya menang dengan tambahan majoriti di Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Permatang Pauh.

BN bagaimanapun memberi tentangan hebat di Manek Urai apabila PAS hanya mampu mempertahankan kerusi itu dengan majoriti tipis - daripada 1,352 (2008) kepada hanya 65 undi. Tetapi kegembiraan BN itu tidak lama kerana ia tewas lagi di DUN Permatang Pasir Pulau Pinang.

BN bagaimanapun memutuskan tidak bertanding dalam pilihan raya kecil DUN Penanti, di mana calon PKR menang dengan majoriti lebih besar, selepas mengetepikan saingan daripada dua calon bebas.

Keputusan seluruh PRK-PRK tersebut adalah bagi Kerusi Parlimen: Kuala Terengganu ( PAS), Bukit Gantang (PAS) and Permatang Pauh (PKR). DUN: Bukit Selambau (PKR), Batang Ai (Bn-PRS), Penanti (PKR), Manek Urai (PAS), Permatang Pasir (PAS), and Bagan Pinang (Bn-Umno).

Menganalisis kebarangkalian yang ada, hanya kawasan-kawasan yang melibatkan kawasan melayu; baik Umno-Bn dan juga Pakatan mempunyai rekod yang boleh menjadi penanda aras keupayaan masing-masing.

Namun bagi kawasan-kawasan majoriti kaum cina-india, setakat ini belum ada rekod yang boleh dijadikan sandaran atau penanda aras, kecuali keputusan PRU-12

Dalam hal ini Pakatan belum boleh mendabik dada kerana kaum cina-india memberi peluang kepada parti itu menang melalui PRU-12 yang lalu, demikian juga Umno-Bn jangan lah merasa kecut kerana kalah pada PRU tersebut.

Jangan semat di dada masing-masing bahawa kawasan tradisi yang biasa dimenangi oleh DAP, maka akan terus dimenangi. Kaum cina- india adalah kaum yang cintakan suasana kondusif untuk perniagaan. Kaum ini telah menyaksikan bahawa keadaan itu telah sirna ekoran keadaan yang tidak menentu di kawasan-kawasan "central business centre" kerana kehadiaran pelampau-pelampau yang mengwujudkan suasana tidak tenteram.

Bukti penolakan kaum cina dan india kepada keadaan yang tidak tenteram ini mereka buktikan di DUN Bangan Pinang, bahawa semua peti undi majoriti kaum cina-india telah mengundi calon Umno-Bn.

Melihat keadaan ini adalah menjadi cabaran kepada parti MCA-MIC-Gerakaan untuk melipat gandakan usaha agar sokongan kaum-kaum yang menjadi tradisi pengikut dan penyokong parti masing-masing supaya kembali menyokong parti-parti itu jika di adakan pilihanraya umum mengejut, mungkin dalam tempoh 10 atau 12 bulan daripada sekarang.

Signal pilihanraya ke-13 akan lebih jelas apabila Umno selesai mengadakan pehimpunan agong pada bulan oktober ini. Melalui AGM itu Pak Najib dan Pak Muhyiddin akan membuat rumusan tentang sambutan akar umbi terhadap Umno.

No comments:

Blog Archive