KALAU bukan kerana keputusan Hakim mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Hakim Datuk Lau Bee Lan ke atas permohonan HERALD-THE CATHOLIC WEEKLY versi artikel dalam bahasa Malaysia,membenarkan penggunaan "ALLAH" bagi terjemahan "my lord" maka ketegangan antara agama khususnya antara penganut islam dan kristian tidak akan berlaku.
Sejak merdeka belum lagi kita terdengar atau terbaca bahawa tempat ibadat di Malaysia khususnya gereja dibakar seperti yang berlaku dalam beberapa hari ini. Ekoran daripada kerjadian ini, mufti Negeri Perak mengeluarkan fatwa bahawa membakar tempat-tempat ibadat adalah haram!.
Perbuatan Herald-The Catholic weekly telah mencabar dan memporak perandakan persefahaman agama yang ada di negara ini. Satu masa dulu, hari-hari kebesaran agama disambut bersama-sama oleh seluruh rakyat sehingga sebutan DEPARAYA-KONGSIRAYA menjadi sebutan popular dikalangan rakyat dikala menghantar pesanan ringkas semasa menyambut hari-hari kebesaran seperti deepavali, hariraya idulfitri dan tahun baru cina, sekarang mungkin semua cogankata ini menjadi kenangan, akibat perbuatan segelitir rakyat negara ini.
Rumah ibadat penganut kristian sekarang telah menjadi mangsa akibat luapan emosi ekoran perbutan Hearld-The Catholic Weekly dan Hakim Datuk Lau Bee Lan.
Tidak kah terfikir oleh dua pihak ini bahawa akibat perbuatan mereka tersebut, maka akan membinasakan negara. Mereka telah lupa bahawa mencegah lebih baik daripada mengubati. Boleh kah ke dua pihak yang menyebabkan luapan emosi ini yakni Hearld-The Catholic dan Hakim Datuk Lau Bee Lan mencegah kejadian ini supaya tidak berterusan? Jawaban tidak mungkin! Kerajaan jua lah yang terpaksa melakukan seluruh kebijaksaanaan bagi mengembalikan suasana ke keadaan semula, walaupun luka telah meninggalkan parut.
Mampukah individu-individu seperti YB Khalid Samad Ahli Parlimen Shah Alam dan Tok Guru Nik Aziz meredakan keadaan ini? Akibat tafsiran mereka atas perkataan "ALLAH" lah penyebab kepada kekecohan ini.
No comments:
Post a Comment