Showing posts with label Isu "Allah". Show all posts
Showing posts with label Isu "Allah". Show all posts

Sunday, January 17, 2010

Kalimah Allah Boleh Untuk Malaysia Timur Tidak Bagi Malaysia Barat


Kerajaan sepertimana dikatakan oleh menteri di Jabatan Perdana menteri Nazri Aziz bahawa  Kalimah ALLAH dibenarkan pengunaannya kepada penganut agama kristian di Sabah dan Sarawak kerana menurut menteri itu perkataan tersebut telah digunapakai di Malaysia Timur sejak 300 tahun yang lalu.

Sebelum ini menteri di Jabatan Perdana Menteri yang berasal dari Sabah Bernard Dompok ada mengeluarkan kenyataan akhbar mempersoalkan keenggaan kerajaan membenarkan penggunaan Kalimah Allah bagi penganut agama kristian bagi Sabah, sedangkan menurut Dompok penggunaan nama Allah bagi menggantikan panggilan kepada God telah berlaku sebelum Sabah menyertai Malaya membentuk negara Malaysia.

Dalam perkembangan lain Pengerusi Jaksa Pendamai Sabah Clerence Bongkos Malukun  yang juga penganut kristian ada menyuarakan agar penggunaan Allah hanya dibenarkan kepada rakyat Malaysia beragama Islam demi memelihara keharmonian hubungan antara kaum di negara ini.

Isu Kalimah Allah menjadi klimaks apabila mantan PM Tun Abdullah Badawi membenarkan penerbitan Herald-The Catholic Weekly dalam bahasa melayu dan di lain pihak melarang terjemahan injil ke dalam bahasa Iban.

Ekoran reaksi dan bantahan masyarkat islam di semenanjung kepada penggunaan kalimah Allah bagi menggantikan God, maka menteri KDN Syed Hamid Albar membatalkan peneribatan Herald dalam bahasa Melayu, ekoran daripada itu, Herald memohon kepada mahkamah bahawa hak mereka dicabuli sepertimana termaktub dalam perlembagaan negara.

Pada 31 Desember 2009 Hakim Mahkamah Tinggi (kuasa-kuasa Khas) Datuk Lau Bee Lan memutuskan bahawa Herald-The Catholic Weekly boleh menggunakan kalimah ALLAH bagi menggantikan God dalam bahasa melayu.

Akibat keputusan hakim Lau ini, maka telah meluapkan emosi segelintir masyaarakat islam apakah mereka yang ada dalam kerajaan,pembangkang maupun NGO telah melakukan protes/bantahan.

Disebabkan emosi yang tidak terkawal atau mungkin kerja-kerja sabotaj ada individu yang tidak dikenal menangguk di air keroh dengan mencuba melakukan kerja-kerja merosak gereja di Semenanjung dan Sarawak.

Selain itu percanggahan pendapat juga terus berlaku terutama para pemimpin Pakatan. Khalid Samad misalnya berkata bahawa Kalimah Allah itu adalah untuk seluruh manusia, sedangkan Zulkefli Nordin Ahli Parlimen Bandar Baru Kulim (PKR) berkata adalah kufur bagi mereka yang mengatakan bahawa kalimalah Allah itu digunapakai agama lain selain islam.

Nik Aziz pula terpaksa menggubah pendirian mengenai kalimah Allah. Pada 1/3/2009 Nik Aziz pernah berkata bahawa penggunaan kalimah Allah itu harus hukumnya bagi agama bukan islam, namun setelah itu Nik Aziz pula tidak setuju penggunaan Allah digunapakai oleh penganut agama lain selain islam.

Namun yang disebutkan di atas adalah bukan isu di sini. Isunya sekarang kerajaan telah MEMBUAT satu keputusan yang mempunyai tujuan politik. Kerajaan melalui keputusan ini mungkin ingin  terus memelihara perasaan masyarakat islam di Semenanjung dan di lain pihak ingin juga memelihara perasaan masyarkat kristian di Sabah dan Sarawak.

Bagi AYT keputusan kerajaan ini lebih mengarah kepada  perhitungan politik, atas sebab  bahawa  majoriti rakyat di Semenanjung adalah penganut agama islam,, melayu dan masih penyokong kerajaan, sedangkan di Sabah dan Sarawak rakyat penyokong kerajaan adalah kaum bumiputra yang jumlahnya seimbang antara yang beragama islam dan kristian.

AYT sangat khuatir dengan keputusan kerajaan ini, takut pula APA YANG DIKEJAR TAK DAPAT YANG DIGENDONG BERCICIRAN. Fikir-fikirkan lah.

Wednesday, January 13, 2010

Kalau Bukan Isu "Allah" Nik Aziz Tidak Akan Rai Paderi, Sami Makan Tengah Hari

Ketua-ketua agama terdiri daripada alim ulama, paderi dan sami dijemput menghadiri makan tengah hari bersama Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 28 Januari ini di Kota Darulnaim.

Jamuan tersebut dianjurkan kerajaan negeri sebagai meraikan ketua-ketua agama di negeri ini dan mengeratkan hubungan yang sedia terjalin.

Nik Aziz berkata, dianggar lebih 20 ketua agama dijangka menghadiri majlis tersebut yang berkonsepkan muhibah.

“Setakat ini kita telah dimaklumkan seramai 18 orang daripadanya terdiri daripada paderi menyatakan persetujuan hadir, manakala sami belum dapat pastikan bilangan yang akan hadir,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Exco di sini, hari ini.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, jamuan berkenaan diadakan menjelang tengah hari memandangkan sami difahamkan tidak boleh makan selepas jam 12.00 tengah hari.

“Kerajaan negeri meraikan mereka bertujuan mewujudkan suasana tenang dan harmoni di antara agama di negeri ini.

“Walaupun telah wujud keharmonian di Kelantan sejak sekian lama, namun diharap dengan pertemuan tersebut keharmonian bertambah baik,” ujarnya.

Menurutnya, Islam sejak awal lagi mengutamakan keharmonian seperti diajar Rasulullah s.a.w. setelah baginda sampai di Madinah.

Katanya, sebaik sahaja sampai di Madinah, baginda s.a.w. mengadakan perjanjian bertulis yang pertama di muka dunia sehingga melahirkan keharmonian antara kaum.

AYT

Satu perkembangan yang luarbiasa kepada pemimpin Pas ini ekoran persefahaman dengan DAP. Jika suatu ketika dahulu para pemimpin PAS tidak mudah bersalaman dengan para pemimpin DAP. Namun kerana faktor merebut kuasa kerajaan,maka semuanya itu diketepikan. Nawaitu Pas terubah mengikut zaman dan keadaan.

Tuesday, January 12, 2010

Disebalik Isu Kalimah Allah

ORANG MELAYU sudah sebati dengan kalimah "ALLAH" adalah nama tuhan bagi orang islam. Walaupun kalimah itu bukan bahasa melayu akan tetapi bahasa arab yang di melayukan yang merujuk kepada pengertian "Tuhan" bagi umat islam.

Namun, apabila ada sesetengah pemuka agama Kristian menuntut 'hak' menggunakan kalimah Allah bagi merujuk kepada tuhan Kristian dalam bahasa Melayu sudah pasti umat Islam akan membantah. Ini tidak sama sekali bermakna mereka mahu 'memonopoli' kalimah itu.

Sebaliknya mereka hanya menuntut supaya makna sesuatu kalimah tidak dipermainkan sesuka hati. Kalimah yang tepat mesti digunakan bagi merujuk kepada makna yang dimaksudkan.

Secara praktikalnya orang Melayu tidak berupaya menghalang mana golongan Kristian yang mahu memanggil Tuhan mereka dengan sebarang nama termasuklah 'Allah' bahkan 'Mickey Mouse' sekalipun.

Walaubagaimanapun mereka terpaksa menentang kerana isunya kini adalah isu bahasa Melayu, dan kalimah Allah seperti yang difahami dalam bahasa Melayu tidak pernah merujuk kepada tuhan sembahan orang Kristian.

Kalimah 'Tuhan' sebenarnya sudah memadai untuk tujuan itu, dan kedegilan mahu menggunakan kalimah 'Allah' dilihat sebagi penzahiran permusuhan melalui serangan terhadap keutuhan bahasa Melayu itu sendiri.

Segolongan pemuka agama Kristian berhujah bahawa 'Allah' juga bermakna tuhan agama Kristian kerana, menurut mereka, kalimah itu telah digunakan lama dahulu dalam terjemahan Injil Melayu dan buku-buku sembahyang mereka.

Mereka juga berhujah bahawa kalimah 'Allah' telah lama digunakan oleh masyarakat Kristian-Arab sebelum kedatangan Islam lagi.

Andaikan mereka dapat buktikan kewujudan dokumen-dokumen di atas di mana kalimah Allah boleh ditemui digunakan. Kita boleh membalas bahawa, ia tidak sama sekali membuktikan bahawa 'Allah' dalam bahasa Melayu juga bererti tuhan Kristian.

Ia hanya menunjukkan bahawa percubaan pendakwah-pendakwah Kristian untuk memaksakan maksud mereka terhadap kalimah berkenaan sudah lama berlaku.

Sama ada dokumen itu baru atau lama bukanlan soalnya di sini.

Apa yang penting ialah bangsa Melayu tidak pernah menggunakan kalimah Allah bagi merujuk kepada tuhan Kristian sebaliknya sesetengah puak Kristianlah, dahulu dan sekarang, yang telah bertungkus-lumus berusaha membuat mereka menerima makna tersebut.

Kalaulah kalimah Allah itu sememangnya bererti tuhan seperti difahami orang Kristian, apakah gunanya lagi usaha mengkristiankan bangsa Melayu kerana mereka telahpun Kristian pada hakikatnya!

Kaum muslimin dan Kristian masing-masing mendakwa agama mereka berasaskan wahyu yang ditanzilkan oleh Tuhan.

Kitab pegangan kaum muslimin, al-Qur'an, yang ditanzilkan dalam bahasa Arab dengan jelas menyatakan bahawa Allah ialah nama Tuhan yang disembah oleh setiap muslim tidak kira bangsa atau tanahairnya.

Apa yang kita tahu ialah kalimah Allah tidak pernah digunakan dalam versi-versi Hebrew, Greek ataupun Latin Kitab Perjanjian Baru dan Lama, dan tiada bukti yang boleh dipercayai tentang kewujudan terjemahan Injil dalam bahasa Arab sebelum Islam.

Terjemahan Arab yang pertama dan yang terpenting yang menjadi rujukan utama kaum Yahudi di negara-negara Islam telah dilakukan oleh Sa'adia ben Joseph (892-942). Beberapa terjemahan Arab moden oleh puak Katholik dan Protestan telah dibuat pada kurun-kurun ke-19 dan 20 Masihi.

Ada kemungkinan bahawa kalimah Allah digunakan bagi merujuk Tuhan Kristian dalam terjemahan-terjemahan ini. Namun persoalannya kenapa 'Allah', dan bukan istilah-istilah yang digunakan dalam versi-versi Hebrew, Greek dan Latin?

Apa yang nyata, kalimah 'Allah' hanya digunakan apabila Bible diterjemahkan kepada bahasa-bahasa kaum muslimin, antaranya bahasa Melayu di mana kalimah itu wujud dan digunakan hasil daripada pengislaman bahasa dan akal bangsa Melayu.

Kita tidak mungkin menjumpai kalimah Allah dalam Algonquin Bible yang diterjemahkan untuk orang India Amerika pada 1663, apatah lagi dalam versi-versi lain seperti Wycliffe, Tyndale, Douay, King James atau Confraternity.

Tiada sebab untuk mereka menggunakan kalimah Allah dalam terjemahan berkenaan bagi merujuk kepada Tuhan Kristian kerana Allah tidak pernah menjadi tuhan orang India Amerika ataupun orang Inggeris, justeru kalimah itu tidak wujud dalam bahasa-bahasa mereka.

Amatlah menarik memikirkan kenapa sebahagian pemuka agama Kristian di negara ini begitu bersungguh-sungguh menuntut 'hak' menggunakan kalimah Allah dengan berhujah bahawa kalimah itu telah lama digunakan oleh Arab Kristian sebelum kedatangan Islam lagi.

Semenjak bila pula orang-orang Arab Kristian dan bahasa mereka menjadi rujukan penting bagi agama Kristian dan masyarakat Kristian secara amnya?

Bahasa Arab langsung tidak penting jika dibandingkan dengan bahasa Hebrew, Greek ataupun Latin dalam soal memahami agama Kristian dari sumber-sumber utamanya. Sebaliknya, tiada sesiapapun boleh memahami agama Islam tanpa memahami bahasa Arab.

Yang kita maksudkan dengan bahasa Arab di sini ialah bahasa Arab yang telah diislamkan, bahasa yang telah melalui perubahan menyeluruh dengan penurunan al-Qur'an.

Kepentingan bahasa Arab Qur'ani dalam soal pembentukan pemikiran dan pandangan hidup kaum muslimin tidak boleh dibandingkan langsung dengan kedudukan bahasa Arab ketimbang agama Kristian.

Apabila puak-puak Kristian di negara kita berhujah kepada kerajaan bahawa orang Arab Kristian sebelum Islam telah lama menggunakan kalimah Allah, mereka mengandaikan bangsa Melayu itu seumpama robot yang akan meniru segala apa yang datang dari Tanah Arab. Mereka silap.

Apabila bangsa Melayu menggunakan kalimah Allah dalam bahasa mereka, yang mereka maksudkan ialah Allah yang dinyatakan dalam al-Qur'an, bukan yang dimaksudkan oleh kaum Arab jahiliyyah mahupun kaum Kristian.

Bangsa Melayu tiada hubungan kebudayaan atau keagamaan dengan Arab jahiliyyah mahupun Arab Kristian sebelum ataupun selepas Islam. Hubungan mereka dengan bangsa Arab terbina atas satu asas yang dikongsi bersama yakni Islam dan al-Qur'an.

Segala kata kunci berserta dengan makna dan pengertiannya yang membentuk pandangan hidup bangsa Melayu diperolehi daripada al-Qur'an. Bahkan semua kata kunci ini dikongsi oleh bahasa-bahasa Islami yang lain, bukan sahaja bahasa Melayu.

Apa yang jelas adalah percubaan puak-puak Kristian tertentu menyahislamkan (deislamize) bahasa Melayu bagi memudahkan penyebaran dakyah mereka.

Sekiranya mereka merasa berhak untuk menyebarkan agama mereka kepada sesiapa sahaja (termasuk bangsa Melayu), tidakkah bangsa kita juga punya hak untuk menyanggah sebarang usaha merendah-rendahkan budaya dan agama kita?

Malangnya dari kalangan kitalah muncul pengkhianat budaya dan agama kita. Merekalah yang membenarkan 'bahasa Melayu' dipanggil 'bahasa Malaysia'.

Monday, January 11, 2010

Keputusan Hakim Datuk Lau Bee Lan Lah Gereja Menjadi Mangsa


Inilah Hakim yang mencipta sejarah negara " Kalimah Allah dipersendakan" demi memihak kepada Kristian..

Hakim Mahkamah Tinggi, Yang Arif Hakim Datuk Lau Bee Lan yang membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh terbitan Herald - The Catholic Weekly telah membuka lembaran baru dalam sejarah undang-undang negara.

Pada 31 Disember lalu, Lau membenarkan penerbit majalah itu menggunakan kalimah 'Allah' selepas membenarkan permohonan semakan kehakiman yang difailkan Titular Roman Catholic Archbishop Kuala Lumpur Tan Sri Murpy Pakiam  selaku pemohon.

Lau juga mengisytiharkan bahawa keputusan KDN pada 7 Januari 2009 memberikan permit penerbitan kepada Herald dari tempoh 1 Januari hingga 31 Disember 2009 dengan syarat ia dilarang menggunakan perkataan 'Allah' adalah batal dan tidak sah.Dalam penghakiman lisannya, Lau berkata, Menteri Dalam Negeri dan kerajaan selaku responden pertama dan kedua gagal mengemukakan bukti bahawa penggunaan kalimah 'Allah' dalam penerbitan Herald boleh mengancam keselamatan negara dan menimbulkan salah faham serta kekeliruan di kalangan umat Islam di negara ini.

Beliau berkata, Herald mempunyai hak dari segi perlembagaan menggunakan kalimah itu dalam penerbitannya untuk menyebarkan agama Kristian kepada penganutnya selaras dengan Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa agama lain selain Islam boleh diamalkan dengan aman di negara ini.Lau mengakui berdasarkan Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan, adalah menjadi kesalahan bagi bukan Islam menggunakan kalimah 'Allah' kepada orang Islam untuk penyebaran agama, tetapi ia boleh digunakan untuk bukan Islam bagi tujuan penyebaran agama kepada bukan Islam.

Apa Yang Tersirat : -

Banyak persoalan yang boleh diajukan kepada Yang Arif Datuk Lau bee Lan berhubung keputusan penghakiman yang dibuat yang mana keputusan itu memihak kepada PENGANUT KRISTIAN TANPA MENJAGA SENSITIVITI ISLAM.

PERTAMA:
Fahamkah hakim ini tentang Islam dan sistem perundangan yang ada di negara ini? Apakah sebelum keputusan dibuat beliau telah mengkaji sedalam - dalamnya kesan dan akibat dari keputusan itu, atau sejauh mana pemahaman beliau antara ISALAM DAN KALIMAH ALLAH.

KEDUA:
Apakah keputusan ini untuk melihat sejauhmana kejantanan Umat Islam terhadap Agama Islam yang cuba di perkotakatikkan oleh puak Kristian, atau inilah masanya untuk membuat percubaan dan mencabar orang melayu dalam keadaan politik yang bergolak.

KETIGA:
Pada anggapan beliau inilah masanya untuk beliau mencipta nama dalam sistem kehakiman negara dengan menperjudikan perpaduan bangsa dan perpaduan agama untuk memberi ruang kepada bangsa asing membuat pertaruhan dalam mendapatkan sokongan politik.

KEEMPAT:
Atau YA Datuk Lau Bee Lan telah dipengaruhi oleh agen - agen Kristian dan pembangkang dalam membuat keputusan ini dengan dipengaruhi oleh BAR yang sudah nyata memihak kepada pembangkang yang didalangi oleh Anwar Ibrahim.

KELIMA:
Adakah YA Lau bee Lan telah merujuk dengan hakim - hakim kanan yang lain sebelum keputusan dibuat atau mendapat pandangan dari pihak yang lebih arif dengan perundangan ATAU menerima nasihat dari para hakim dan peguam dalam BAR yang rata - rata terdiri dari penganut Agama Kristian.

KEENAM:
Adakah YA Lau Bee Lan sengaja untuk mencetus keganasan agama di negara ini untuk menaikkan semangat bangsa asing bangun menentang Umat Islam terutama orang Melayu di negara ini.

Walhasil keputusan Hakim Datuk Lau Bee Lan rakyat majoriti negara ini yakni melayu dan bumiputra islam  sudah tentunya ada dikalangan rakyat ini terganggu emosi mereka sehingga kemarahan tidak dapat dibendung. Akibat   emosi yang meluap-luap tersebut maka ada segelintir individu yang sanggup melakukan jenayah dan melempiaskan amarah mereka kepada gereja.

Sehingga petang semalam telah dilaporkan bahawa terdapat 7 percubaan merosakan tempat beribadat kaum penganut kristian di Semenanjung dan Miri Sarawak.

Sekiranya Hakim Datuk Lau Bee Lan dan Tan Sri Murphy Pakiam dari awal-awal lagi membuat pertimbangan mengenai sesiviti beragama di negara ini, sudah tentulah kejadian merosakan tempat beribadah tidak akan berlaku.

Peranan Anwar Ibrahim juga dalam meniup semangat kepada kaum bukan islam agar mereka bangkit menentang tidak boleh diketepikan begitu sahaja. Anwar Ibrahim sejak awal tahun 2009 semasa pilihanraya kecil di Sarawak telah membangkitkan isu penggunaan Perkataan ALLAH bagi umat kristian. Anwar menyokong perjuangan mereka itu.

Saturday, January 09, 2010

Kalau Bukan Hakim Lau Bee Lan dan Herald-The Catholic Weekly: Gereja Tidak Jadi Mangsa

KALAU  bukan kerana keputusan Hakim mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Hakim Datuk Lau Bee Lan ke atas permohonan HERALD-THE CATHOLIC WEEKLY versi artikel dalam bahasa Malaysia,membenarkan penggunaan "ALLAH" bagi terjemahan "my lord" maka ketegangan antara agama khususnya antara penganut islam dan kristian tidak akan berlaku.

Sejak merdeka belum lagi kita terdengar atau terbaca bahawa tempat ibadat di Malaysia  khususnya  gereja dibakar seperti yang berlaku dalam beberapa hari ini. Ekoran daripada kerjadian ini, mufti Negeri Perak mengeluarkan fatwa bahawa membakar tempat-tempat ibadat adalah haram!.

Perbuatan Herald-The Catholic weekly telah mencabar dan memporak perandakan persefahaman agama yang ada di negara ini. Satu masa dulu, hari-hari kebesaran agama disambut bersama-sama oleh seluruh rakyat sehingga sebutan DEPARAYA-KONGSIRAYA menjadi sebutan popular dikalangan rakyat dikala menghantar pesanan ringkas semasa menyambut hari-hari kebesaran seperti deepavali, hariraya idulfitri dan tahun baru cina, sekarang mungkin semua cogankata ini menjadi kenangan, akibat perbuatan segelitir rakyat negara ini.

Rumah ibadat penganut kristian sekarang telah menjadi mangsa akibat luapan emosi ekoran perbutan Hearld-The Catholic Weekly dan Hakim Datuk Lau Bee Lan.

Tidak kah terfikir oleh dua pihak ini bahawa akibat perbuatan mereka tersebut, maka akan membinasakan negara. Mereka telah lupa bahawa mencegah lebih baik daripada mengubati. Boleh kah ke dua pihak yang menyebabkan luapan emosi ini yakni Hearld-The Catholic dan Hakim Datuk Lau Bee Lan mencegah kejadian ini supaya tidak berterusan? Jawaban tidak mungkin! Kerajaan  jua lah yang terpaksa melakukan seluruh kebijaksaanaan bagi mengembalikan suasana ke keadaan semula, walaupun luka telah meninggalkan parut.

Mampukah individu-individu seperti YB Khalid Samad Ahli Parlimen Shah Alam dan Tok Guru Nik Aziz meredakan keadaan ini? Akibat tafsiran mereka atas perkataan "ALLAH" lah penyebab kepada kekecohan ini.

Monday, January 04, 2010

Nik Aziz Ubah Fikiran Soal KALIMAH ALLAH


Penggunaan kalimah Allah oleh agama lain tidak boleh dibenarkan sama sekali kerana ia akan menyebabkan kekeliruan di kalangan umat Islam.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, biar pun dari segi hukum membenarkan agama ‘samawi’ seperti Kristian dan Yahudi menggunakan kalimah itu tetapi dibimbangi ia disalah gunakan pihak tertentu.

Beliau berkata, masalah penggunaan kalimah Allah timbul kerana tiada badan perunding antara pihak Islam dan Kristian yang menyelesaikan kemelut itu dengan baik menyebabkan ia kini menjadi isu sensitif.

“Kita bimbang dan takut orang ini salah guna perkataan Allah iaitu salah guna dalam pengertian, sebab itu dalam fiqah kita boleh sekat orang bukan Islam guna perkataan Allah walaupun benda itu harus.

“Saya juga bimbang kalimah ini disalah guna sehingga menyebabkan orang Melayu beragama Islam keliru... dia kata sana Allah, sini pun Allah sehingga akhir-akhir ini dia minta gereja pun dipanggil masjid Kristian.

“Pengunaan Allah boleh tetapi dibimbang disalah guna, jadi lebih baik kita berhenti daripada membenarkan agama lain guna perkataan Allah,” katanya.


Khamis lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat keputusan membenarkan Herald-The Catholic Weekly menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya atas alasan ia ada hak dalam Perlembagaan.

Hakim Datuk Lau Bee Lan menegaskan, KDN telah bertindak secara salah ketika mengenakan larangan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan akhbar mingguan itu.

Pada 1 Mac 2009, Nik Abdul Aziz dalam sidang akhbari menegaskan, tidak salah bagi orang bukan Islam menggunakan perkataan Allah bagi merujuk kepada Tuhan.

Ini kerana, kata beliau, dalam al-Quran sendiri ada menceritakan bahawa orang bukan Islam telah menggunakan perkataan Allah sejak zaman Nabi Muhammad lagi.

Sementara itu, Nik Aziz hari ini memberitahu, masalah penggunaan kalimah Allah timbul kerana tiada badan perunding antara pihak Islam dan Kristian untuk menyelesaikan kemelut itu dengan baik menyebabkan ia kini menjadi isu sensitif.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan supaya badan rundingan itu diwujudkan secepat mungkin.

“Majlis rundingan itu boleh dianjur NGO (pertubuhan bukan kerajaan) atau kerajaan sendiri secara terbuka atau tertutup.

“Kalau kita biar Kristian dengan Kristian dan Islam dengan Islam akan timbullah masalah seperti ini. Orang kita tidak suka berdepan begini,” katanya.

Menurut Nik Abdul Aziz, beliau tiada halangan jika dipanggil menjadi ahli panel dalam majlis rundingan tersebut bagi menjelaskan keadaan sebenar.

Sunday, January 03, 2010

Mengina Umat Islam Dah Melampau

Tidak pernah terjadi negara ini sebelum ini bahawa ugama islam dipermainkan oleh rakyat bukan islam. Sejak berakhirnya PRU-12, bermacam-macam isu ditimbulkan oleh rakyat yang bukan islam menghina islam.

Sensitiviti antara agama terus melonggar akibat daripada intensifnya rakyat berpolitik.Demi mendapatkan kuasa, persefahaman antara agama dikucar kacirkan oleh puak-puak tertentu agar persefahaman itu berkecai.

Perkataan ALLAH yang sekian lama digunakan oleh rakyat yang menganut agama islam, sekarang ini cuba pula digunakan oleh agama lain khususnya oleh Herald-The Catholic Weekly. Untuk menguatkan penggunaan kata ALLAH, peneribit mingguan agama itu memperalatkan mahkamah agar supaya mereka terlindugi secara undang-undang.

Di Indonesia di mana terjemahan kitab injil begitu meluas sekali, perkataan ALLAH tidakpun digunakan, melainkan menggunakan perkataaan yang berbunyi sama, yakni dieja ALAH.

Bantahan penduduk beragama islam negara ini, perlu diteruskan, kerana tindakan itu tuntutan agama; agama tidak boleh dipermain-mainkan. Agama adalah pegangan dan akidah. Kerana itulah dalam agama islam, Allah telah menjanjikan bahawa barang siapa mati kerana meneggaknya agamanya, yakni agama islam, maka kematian itu adalah kematian sahyid.

Mahkamah dalam hal ini, mahkamah tinggi sebelum membuat keputusan tersebut sepatutnya terlebih dahulu perlu menimbang sedalam-dalamnya bahawa keputusannya itu boleh membangitkan isu sosial, agama dan rakyat. Keputusan itu boleh menghancurkan negara. Mahkamah perlu melihat polarisasi kaum negara ini dalam membuat keputusan.

Keputusan telahpun dibuat, umat islam dalam perkara ini hanya boleh membuat rayuan di mahkamah yang lebih tinggi. Namun, luka sudah terjadi, walaupun sembuh, maka luka itu meninggalkan parut.

Perdana Menteri sebagai seorang Islam, walaupun hatinya pedih hingga ke ulu hatinya, terpaksa berdiplomasi demi keutuhan negara berbilang kaum ini.

Najib walaupun secara pribadinya sangat tersinggung dengan keputusan mahkamah tersebut, namun sebagai perdana untuk semua, terpaksa berhati-hati, dan perlu menyelesaikan isu ini ibarat menarik rambut dari tepung, rambut terlepas, tepung tidak berselerak.

Najib meminta umat Islam di negara ini bertenang dan tidak terlalu "memanaskan" isu keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan akhbar mingguan gereja Katholik menggunakan perkataan "Allah" dalam penerbitannya.

Perdana Menteri berkata kerajaan sedar bahawa isu itu amat sensitif serta menyentuh perasaan umat Islam di negara ini dan kerajaan akan menangani isu itu sebaik mungkin.

"Kerajaan amat sedar dan prihatin akan pelbagai reaksi yang telah kerajaan terima sejak keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi baru-baru ini.

"Isu ini amat sensitif dan menyentuh perasaan tumat Islam, kita hendaklah bersikap bertenang pada masa ini dan membiarkan perkara ini diselesaikan melalui proses mahkamah," katanya

Sementara itu di Pulau Pinang sekumpulan 200 orang Islam mengadakan protes membantah keputusan mahkamah itu.

Protes selama satu jam itu pagi tadi diadakan di luar Mahkamah Tinggi Pulau Pinang yang diketuai oleh kumpulan yang menamakan dirinya Badan Anti Majlis Antara Agama (Badai)..

Najib berkata Kementerian Dalam Negeri akan mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan berhubung keputusan mahkamah itu.

Selain itu, perdana menteri berkata beliau juga akan memaklumkan kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin berhubung proses rayuan berkenaan.

"Mereka (KDN) akan kemuka rayuan dan saya akan sembah maklum kepada Yang di-Pertuan Agong dan jika Yang di-Pertuan Agong berkenan, akan diberi taklimat, juga taklimat kepada Majlis Raja-Raja," katanya.

Beliau berharap penyelesaian terhadap isu yang amat sensitif itu kelak dibuat dengan penuh kebijaksanaan.

Najib juga berharap isu itu tidak akan diburukkan lagi dengan pelbagai demonstrasi serta pelbagai petisyen dan memorandum berhubung perkara itu.

"Saya tak galakkan (umat Islam membuat demonstrasi dan sebagainya), (tapi) saya tahu perasaan di kalangan perasaan umat Islam, mereka merasa begitu terkilan.

"Cuma saya berharap perkara yang amat sensitif, kita biarkan kerajaan tangani isu ini dengan sebaik-baiknya melalui proses rayuan (di mahkamah)...saya tak nak terlalu memanaskan isu, kerajaan faham perasaan umat Islam, biarlah kita cari jalan sebaik-baiknya."

Menyinggung umat Islam

Sementara itu, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, penggunaan kalimah "Allah" dikhuatiri digunakan oleh pendakyah agama bukan Islam yang mahu mengelirukan umat Islam dengan tujuan tersirat mereka.

Beliau berkata keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan akhbar mingguan gereja Katholik menggunakan perkataan "Allah" dalam penerbitannya telah menyinggung perasaan umat Islam di negara ini.

"Sebagai sebuah negara yang majmuk, mempunyai pelbagai agama, harus elakkan perkara sensitif ditimbulkan di mana-mana platform perundangan," katanya.

Dr Ahmad Zahid yang juga naib presiden Umno mengulas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Khamis lepas yang membenarkan akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly menggunakan perkataan "Allah".

Pada 16 Februari lepas, Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur Tan Sri Murphy Pakiam, sebagai penerbit majalah itu, memfailkan permohonan untuk semakan kehakiman bagi menuntut satu deklarasi bahawa keputusan Menteri Dalam Negeri melarang beliau menggunakan perkataan "Allah" dalam majalah itu adalah haram dan perkataan itu bukan eksklusif bagi agama Islam.

Dr Ahmad Zahid berkata umat Islam di negara ini amat menghormati kedudukan agama lain dan tidak mahu ada pihak mencampuri urusan agama Islam.

Katanya sebelum ini, Majlis Fatwa Kebangsaan telah menetapkan dengan jelas bahawa perkataan "Allah" adalah khusus untuk orang Islam kerana ia merupakan perkataan khas sementara "Tuhan" merupakan nama am.

"Kalau selama ini tidak ada penulisan yang menggunakan perkataan "Allah" (bagi agama bukan Islam) mengapa pula akhbar mingguan 'Herald-The Catholic Weekly' terlalu ghairah hendak menggunakan perkataan "Allah".

"Dalam Perlembagaan Persekutuan menetapkan agama Islam adalah agama rasmi sementara agama lain boleh diamalkan di Malaysia tetapi tidak boleh disebarkan di kalangan orang Islam," katanya.

Beliau dengan itu menggesa semua tokoh ulama, pertubuhan bukan kerjaan dan seluruh umat Islam bersatu dalam hal melibatkan kesucian agama Islam.

Blog Archive