Monday, November 09, 2009

Nizar: Seminar Pas Memberi Impak: Jadikan Pas Pengganti UMNO

Seminar Memperkasakan PAS yang telah diadakan baru-baru ini harus dilihat sebagai satu tindakan yang baik bagi memperkasakan parti dan memperbetulkan kepincangan dan kekhilafan yang ada. Pandangan yang diberikan oleh dua tokoh akademik seperti Dr.Aziz Bari dan Dr Abu Hassan Hasbullah harus dijadikan sebagai titik tolak untuk kepimpinan PAS muhasabah diri dan melihat kekurangan yang ada bagi memperbaiki keadaan supaya apa yang dihasratkan untuk menjadikan PAS sebagai parti dominan selepas Umno dan BN itu menjadi realiti.

"Seminar ini juga adalah keterbukaan dimana terdapat ruang yang luas untuk memperkatakan apa sahaja yang dilihat mampu dan boleh diperbaiki untuk kebaikan bersama," katanya.

Bagi beliau, PAS juga dilihat oleh rakyat sebagai salah sebuah parti yang akan menjadi pemangkin kepada mereka dalam mencapai aspirasi kehidupan yang sejahtera sekiranya Umno dan BN itu tidak lagi menjadi pilihan mereka.

"PAS bukan sebuah parti yang melampau atau ekstrim. Pandangan dan pendapat yang berbeza bukan satu platform kearah perpecahan sepertimana yang didakwa oleh sesetengah pihak. Ia juga berlaku dalam BN dan Umno serta parti komponen mereka. Oleh kerana itu saya optimis kecelaruan yang berlaku ini hanyalah bersifat sementara dan tidak akan menggugat kesepaduan yang telah sedia ada dalam PAS.

No comments:

Blog Archive