Monday, November 02, 2009

Nizar News: Kerajaan Pakatan Selangor Melampau: Arah Jais Tangkap Dr Asri

Lebih 100 individu memenuhi perkarangan Pejabat Agama Islam Daerah Gombak, di sini, pagi ini, untuk memberi sokongan terhadap bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang hadir untuk memberikan keterangan berhubung dakwaan dipercayai mengajar ilmu agama tanpa tauliah.

Antara yang hadir ialah Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS, Azman Shafawi, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Klang, Saari Sungib, Ahli Parlimen PKR Ampang, Zuraida Kamaruddin dan pengasas Sister In Islam, Zainah Anwar.

Turut kelihatan ialah wakil kepada Senator Datuk Jamil Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, wakil-wakil Umno, PAS dan PKR; serta beberapa orang peguam.

Mohd Asri ketika dihubungi berkata, beliau tiba di pejabat tersebut sekitar pukul 9 pagi tadi, namun sehingga kini, masih belum ada sebarang pegawai yang muncul untuk mengambil keterangannya."Beberapa peguam yang hadir juga ada menawarkan diri untuk memberikan khidmat guaman kepada saya," ujarnya.

Mohd Asri ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tengah malam tadi, namun dibebaskan dengan jaminan polis kira-kira pukul 1.10 pagi tadi. Kejadian berlaku kira-kira pukul 9 malam apabila sekumpulan anggota JAIS memasuki sebuah banglo milik seorang ahli perniagaan di Taman Sri Ukay, Hulu Klang ketika Mohd Asri memberikan ceramah kepada lebih 300 pengikut.

No comments:

Blog Archive