Saturday, November 14, 2009

Nizar-Dr Ahmad Yakob: Gejala Syok Sendirilah Punca Rasuah

“Syok Sendiri” adalah punca utama berlakunya gejala rasuah dan penyelewengan oleh ahli politik di negara ini dan penyebab hilangnya integriti dalam diri masing-masing. Timbalan Menteri Besar Kelantan Dato’ Ahmad Yakob berkata, kini semakin ramai ahli politik di negara ini sudah hilang integriti terutamanya bila berhadapan dengan sesuatu yang membawa kepada berlakunya gejala rasuah.

“Ahli politik juga berasa syok sendiri apabila mereka menerima maklumat berkaitan sokongan padu rakyat terhadap peribadi mereka ,sedangkan hakikatnya berlakunya penolakan secara menyeluruh di peringkat akar umbi dan akhirnya ahli politik tersebut akan kecundang. "Oleh itu saya berharap dengan adanya integriti yang kukuh,mereka ini akan sentiasa menjadi harapan rakyat, " katanya ketika merasmikan majlis penutup Forum Kepimpinan Integriti Politik Dan Masyarakat Peringkat akar umbi Kawasan Parlimen Tumpat semalam.

Beliau yang juga merupakan Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat turut berharap gejala rasuah yang menjadi isu utama dalam parti politik lain tidak menular dalam parti PAS kerana rakyat akan memandang jijik kepada mana-mana pimpinan parti ini yang terlibat dengan rasuah.

“Rasuah adalah merupakan musuh paling utama, kerana melalui amalan rasuah, kehidupan masyarakat akan rosak dan ia juga adalah punca kehancuran sesebuah parti politik”ujar beliau lagi.

Beliau juga berharap dengan adanya kajian yang dibuat oleh tokoh-tokoh akademik seperti Profesor Dr.Aziz Bari, Prof.Madya Dr.Abu Hassan Hasbullah dan lain-lain tokoh akademik dijadikan kayu pengukur bagi ahli parti PAS dalam menjamin kejayaan parti ini meneruskan perjuangan.

“Kita seharusnya menerima kajian yang dilakukan oleh mereka ini walaupun amat berat dengan hati terbuka dan mencari jalan penyelesaiannya bukan hanya sekadar meminggirkan bila ia tidak bersesuaian dengan kehendak peribadi”ujarnya lagi..

Beliau juga berharap dengan adanya seminar maupun forum yang dianjurkan oleh Jabatan integriti ini akan diambil peluang sepenuhnya oleh seluruh kawasan Parlimen di negeri ini demi untuk memantapkan jentera parti dari peringkat akar umbi sehinggakan kepada Wakil-wakil Rakyat.

No comments:

Blog Archive