Tuesday, September 29, 2009

Inkues Kematian Teoh Beng Hock: Ditangguh lagi: Apa Kah kesudahannya? Akan sama kah dengan K Sujatha?

Teoh Beng Hock (gambar) didapati mati di luar Tingkat 5 Plaza Masalam Shah Alam pada kira-kira 1.30 petang 16 Julai lalu.

Akibat desakan pemimpin pembangkang, orang ramai dan Umno maka kerajaan bersetuju menubuhkan inkues.

Inkues bertujuan mencari penyebab dan punca kematian Teoh Beng Hock apakah bunuh diri, dibunuh atau kemalangan.

Hingga kini proses merungkai kematian TBH masih samar-samar kerana berbagai persoalan dan faktor yang menyelubungi inkues ini.

Hari ini sepatutnya inkues diteruskan dengan memanggil saksi lain namun, Koroner menanggukan inkues ini pada 1 Oktober depan.

Apa inkues kematian TBH akan memberi keputusan K Sujtha (ikutinya dibiwah ini)

Pelakon drama K Sujatha mati kerana meminum racun rumpai, demikian diputuskan mahkamah koroner hari ini.

Koroner Mohd Faizi Che Abu, tidak mendapati wujud sebarang perbuatan jenayah dalam kes tersebut.

Oleh itu, katanya beliau berpendapat bahawa mangsa telah membunuh diri.

Faizi berkata beliau membuat kesimpulan tersebut kerana tidak terdapat kecederaan lain pada badan mangsa kecuali, antara lain, yang berkaitan dengan racun paraquat.

Seramai 24 saksi telah dipanggil memberi keterangan dalam inkues berhubung kematian pelakon berusia 28 tahun itu.

Sujatha mati di Hospital Tengku Ampuan Rahimah di Klang pada 25 Jun 2007 - enam hari selepas dimasukkan ke hospital itu kerana dipercaya meminum racun paraquat.

Antara yang dipanggil memberi keterangan ialah ketua pegawai eksekutif Maika Holding, S Vell Paari, sepupunya Dr Saktiveloo yang merupakan seorang pakar di hospital berkenaan dan dua adik lelaki Sujatha.

Vell Paari - anak lelaki presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu - adalah majikan Sujatha. Vell dikaitkan dalam kes tersebut kerana dia dikatakan mempunyai hubungan intim dengan Sujatha.

Bagaimanapun, dalam keterangannya, Vell Paari menafikan mempunyai sebarang hubungan romantik dengan Sujatha.

No comments:

Blog Archive