Wednesday, August 26, 2009

Tuntutan Palsu Punca Teoh Beng Hock Bunuh Diri

Tuntutan palsu yang dijumpai melalui laptop dan CPU TBH merupakan puncaTBH bunuh diri. Pegawai penyiasat sprm Mohd Anuar Ismail memberitahu inkues semasa memberi jawapan kepada soalan yang dikemukan oleh peguam Sprm Datuk Abdul Razak Musa semalam, bahawa TBH sangat gelisah, tidak tenang dan sering mundar mandir sambil membibit beg sandangnya serta telepon bimbitnya. Pada suatu ketika TBH kelihatan menelepon seseorang dan bercakap dalam bahasa cina, menambah lagi sifat kegelisahan TBH.

TBH adalah orang yang bertanggungjawab menyediakan tuntutan dan mengesahkan tuntutan peruntukan untuk Ean Yong Hin Wah, yakni sebanyak 500 ribu ringgit setahun. Dalam rakaman percakapan antara Mohd Razdi pegawai sprm yang ditugas merakam percakapan TBH, TBH tidak dapat memberikan jawapan terhadap tuntutan-tuntuan yang dijumpai dalam laptop maupun CPUnya.

Mungkinkah kerana tuntutan-tuntutan palsu yang dilakukan oleh TBH telah membuatnya begitu runsing, sehingga perkara tersebut menghantuinya? Kebenaran ini tentu ada, kerana selepas sahaja TBH selesai merakam percakapan pada 3.30 pagi 16 Julai, sebenarnya TBH dibenarkan pulang, akan tetapi TBH enggan pulang, akan tetapi terus berdiam di dalam bangunan sprm dan lepak di sofa. Atas kegelisahannya tersebut, maka seseoarang nampak TBH mundar mandir pada jam 5-5.30 pagi, dan seterusnya Tan Boon Hwa ternampak TBH pada 6.10 pagi sedang berada di pantry.

Mungkinkah Tan Boon Hwa ada bercakap dengan TBH semasa di pantry berkaitan dengan rakaman percakapan yang diberikan TBH? Jika percakapan terjadi, maka kegelisahan dan kerusingan TBH bertambah berkecamuk, sehingga TBH hilang pertimbangan, lalu terjun melalui tingkap di T-14 Plaza Masalam, di mana pejabat sprm terletak.

Kemungkinan TBH bunuh diri telah dijelaskan oleh dua pakar pathologi yang telah memberi keterangan sebelum ini, yakni Dr Khairul dan Dr Prashant. Kedua-dua pakar ini mengakui, bahawa TBH masih sedar ketika sampai ke impak di luar T-5 Plaza Masalam.

Selain itu, Dr Kharul juga ada mengatakan, bahawa TBH sangat suka kepada kerjanya, kerana itu, apabila celah dan pekong terbongkar, maka TBH tersangat gelisah dan putus harapan. Faktor putus harapan ini lah membuatkan TBH memilih bunuh diri. Apa kah teori ini dapat terungkai melalui inkues kematian TBH, sama-sama kita tunggu kelibat para peguam, baik yang mewakili kerajaan, sprm maupun peguam pemerhati keluarga Teoh Beng Hock Gobind Singh Deo.

No comments:

Blog Archive