Saturday, August 22, 2009

Kematian Teoh Beng Hock: Apa kaitan dengan Khir Toyo?

Fitnah kata Khir Toyo. SPRM Putrajaya yang menyiasat saya mengenai Banglo, bukan Timblan pengarah SPRM Selangor. Lagi pun apa keuntungan saya berkonspirasi dengan TP tersebut. Bagi Khir Toyo, beliau lebih suka kerajaan Pakatan terus bertahan sehingga Pru-13, agar supaya rakyat dapat memberi perbandingan. Mana kah yang lebih baik kerajaan BN ke Pakatan.
.
"Menjatuhkan kerajaan dengan cara seperti dalam surat misteri tersebut adalah kerja bodoh dan sia-sia serta buang masa, kerana proses mengenai nya cukup panjang boleh makan masa 3-4 tahun, jadi tuduhan bahawa saya berkomplot untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan adalah fitnah dan bohong." Khir Toyo.
.
Menyiasat salah guna penggunaan wang kerajaan yang dipercayaai ada kaitan dengan beberapa orang exco-Dap kerajaan Pakatan Selangor, menjadikan Khir Toyo jadi sasaran, kerana sebagai ketua Pembangkang DUN Selangor, adalah wajar bagi Pakatan menuduhnya, kerana bagi anggapan kerajaan Pakatan, SPRM tidak akan membuat kerja-kerja sisatan tanpa pengaruh Khir Toyo. Ini lah maksud tersirat surat misteri yang diterima oleh Gobind Singh Deo pada 18 Ogos Lalu.
.
Namun Khir telah menafikan seluruh kandungan surat misteri tersebut dan beliau akan membuat laporan polis mengenainya.

No comments:

Blog Archive