Saturday, August 29, 2009

Inkues kematian Teoh Beng Hock: Isu ugutan dan kekerasan tidak relevan

Doktor pakar pathologi yang menjalankan postmortem terhadap mayat mendiang TBH telah mengesahkan tiada kesan kecederaan fizikal, selain 22 kecederaan akibat impak semasa jatuh.

Demikian juga TBH tidak ditorture atau dikasari atau diugut semasa proses merakamkan percakapannya. Saksi ke-19 Mohd Asharaf memberitahu inkues, bahawa TBH sempat minta air pada kira-kira 4.45 pagi 16 julai. TBH hanya kelihatan gelisah pada masa tersebut.

Saksi ke-19 ini juga memberi tahu inkues, bahawa TBH memberi kerjasama semasa disiasat oleh Arman Alies antara 10.40 malam 15 Julai hingga 12.40 16 julai yang berkisar tentang dokumen yang dijumpai di laptop dan cpu TBH.

Isu laporan polis tentang kekasaran pegawai sprm seperti yang ditimbulkan oleh Gobind Singh Deo tidak releven dalam inkues kematian TBH. Kerana sebelum ini telah dinyatakan, bahawa TBH mati disebabkan impak jatuh, bukannya kecederaan minor seperti ditempiling, dipukul dengan benda tumpul dan sebagainya.

Kematian TBH sangat releven dengan kes penyelewengan peruntukan adun sri kembangan. Terbongkarnya kes salah guna peruntukan tersebut membuatkan TBH tertekan dan gelisah.

TBH telah gelisah dan tertekan sejak awal-awal semasa TBH dijemput untuk hadir ke pejabat sprm pada petang 15 Julai. TBH memasuki pejabat sprm seperti rakaman cctv pada pukul 18:08:55 15 julai.

Sekiranya TBH dicederakan atau diugut adalah pasti TBH sekurang-kurangnya memberi tahu Tan Boon Wah, kerana Tan Boon Wah terlihat TBH berada pada pantry pejabat sprm pada pukul 6.10 pagi 16 julai.

Selama 16 hari inkues kematian TBH berjalan, tiada siapapun mengatakan bahawa TBH diugut atau dicederakan, termasuk mayatnya tiada kesan kecederaan termasuk pergelutan.

No comments:

Blog Archive